eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Setelah 12 Tahun Menanti Suami Sebak Akhirnya Timang Cahaya Mata Pertama ,Pernah ‘Give Up’

 


Seorang suami sebak timang cahaya mata pertama setelah ‘penat’ menanti selama 12 tahun.

Demikianlah kisah pengalaman manis oleh seorang lelaki bernama Datuk Yasran.

Dari kecil, kita mempunyai impian tersendiri untuk menjadi apa yang kita mahukan. Ketika zaman kanak-kanak dahulu, apabila ditanya tentang impian dan cita-cita, rata-ratanya akan menjawab mahu jadi polis, askar, juruterbang, cikgu dan sebagainya.

Kini, usia sudah semakin meningkat, kita masih ada impian tersendiri namun ada yang belum tercapai. Contohnya, impian untuk memiliki kereta, rumah dan sebagainya. Atau mungkin, hasrat untuk tunaikan impian orang lain, sekecil atau sebesar mana pun ia.

Begitu juga bagi mereka yang baru sahaja menjejakkan langkah ke fasa yang seterusnya iaitu alam rumah tangga. Adat berumah tangga, impian untuk menimang cahaya mata sebagai pelengkap mahligai yang dibina pastinya ada.

Namun, tidak semua bernasib baik dikurniakan cahaya mata seawal masa seperti yang dirancang. Anak adalah rezeki, anak juga adalah anugerah, hanya Allah S.W.T. saja tahu waktu yang tepat.

Penantian 12 tahun berakhir, lelaki sebak timang cahaya mata pertama

Kali ini, kita meneliti kisah sepasang suami isteri yang telah hampir 12 tahun membina mahligai, tapi masih belum diberi ‘keizinan’ menimang cahaya mata. Namun, berkat kesabaran dan tidak berputus asa, mereka akhirnya dikurniakan juga zuriat pertama pada usia perkahwinan yang ke-12 tahun.

Berita gembira ini diluahkan menerusi video di laman Instagram milik si suami iaitu Datuk Yasran sambil mengendong bayinya yang baru sahaja dilahirkan melalui pembedahan ketika itu.

Menerusi video tersebut juga, beliau kelihatan sebak dan menangis gara-gara terlalu bersyukur atas pemberian rezeki yang hebat ini dari Allah S.W.T setelah menempuh satu penantian yang begitu lama.

Difahamkan juga, tulis luahannya di ruangan kapsyen, mereka pernah ‘menyerah kalah’ ketika isterinya mengalami sindrom Hiperstimulasi Ovari (OHSS) dan nyaris meninggal dunia di wad kecemasan.

“Tidak ada lagi IVF, yang sudah tu sudah, Ucop dan Yinna dua orang anak angkat kita lebih perlukan awak, nyawa you lagi penting, ” tulisnya.

Namun begitu, naluri seorang wanita yang kuat untuk merasai bagaimana perasaan seorang ibu mangandung, Datin Mega iaitu isterinya memujuk lagi sekali untuk lakukan IVF.

“Beliau akur pada awalnya dan ikut sahaja, namun jauh di hati isteri masih nak mencuba nak merasa apa itu mengandung.

“Perlahan-lahan beliau pujuk, melihat naluri seorang wanita dan ibu, aku tewas lalu izinkan.

“Alhamdulillah hari ini hari yang sangat penting buat isteri. Kalau tidak kerana semangat kental beliau dan izin Allah S.W.T tak mungkin kami berjaya sampai ke saat ini, Alhamdulillah,” ujarnya.



Jika anda berkunjung ke laman Instagram milik Datuk Yasran, anda akan dapati beliau banyak memuat naik gambar-gambar anak kesayangannya itu.

Mungkin mahu berkongsi rasa gembira, boleh dikatakan setiap momen indah yang disaksikannya pasti akan dirakam dan dikongsi di sini.

Tahniah buat Datuk Yasran dan pasangan atas kelahiran ini. Semoga ada rezeki yang lebih indah buat esok, lusa dan selamanya.