eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Shuk Sahar ucapkan ‘bye bye’ pada rumah RM1.2 juta, Netizen "Jangan curang, InsyaAllah rezeki masuk"

 

Selepas mempunyai pembeli, pelawak dan pengacara Shuk Sahar terpaksa mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam dengan nilai RM1.2 juta.

Menerusi sebuah posting di laman Instagram petang tadi, pelawak berusia 36 tahun itu memuat naik video memaparkan proses memindahkan barang rumah dari kediaman dua tingkat tersebut.



Berdasarkan kapsyen ditulis, Shuk berharap rezeki dan kehidupannya menjadi lebih baik dengan izin Allah SWT pada masa akan datang.

“Insya-Allah ada yang lebih baik. Selamat tinggal Ferrea (nama perumahan),” tulis pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar itu.

Rakaman berdurasi satu minit itu memperlihatkan beberapa individu sedang melakukan kerja untuk membawa keluar pelbagai barang dan kelengkapan rumah dengan menggunakan perkhidmatan lori.

Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet menganggap itu adalah ‘balasan’ kerana berlaku curang terhadap isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau mesra dipanggil Sera.



Bagaimanapun, segelintir individu turut bersimpati dengan nasib menimpa bekas pengacara program hiburan I Can See Your Voice (ICSYV) Malaysia itu kerana melalui fasa kejatuhan dalam sekelip mata.

Malah, ada juga netizen berharap agar Shuk menjadikan perbuatannya sebagai pengajaran selain mendoakan supaya dia dipermudahkan segala urusan.

Harta ibarat debu, singgah kejap dan terbang



sumber: Shuk Sahar