eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Syak kematian pengasas Dnars ada unsur lain ,Keluarga tuntut siasatan lanjut

 


Tiga tahun berlalu, keluarga pengasas produk kosmetik Dnars Skincare iaitu arwah Faziani Rohban Ahmad mahu siasatan lanjut dilakukan terhadap kematian Allahyarham yang meninggal dunia pada 18 Mei 2019.

Menurut laporan Harian Metro, tuntutan tersebut dilakukan selepas ahli keluarga tampil membuat laporan polis di Balai Polis Tumpat, tengah hari tadi kerana mengesyaki kematian Allahyarham mempunyai unsur lain.


“Selepas kematian Allahyarham, kami ahli keluarga melantik peguam untuk mendapatkan maklumat dan hasil dapatan peguam terbabit, mendapati kematian Allahyarham diragui.

“Kami mengesyaki kematian Allahyarham bukan disebabkan kemalangan semata-mata sebaliknya ada unsur lain yang menyebabkan kami tampil membuat laporan polis,” katanya.


Berikutan itu, mereka sudah memberi keterangan dan berharap pihak berkuasa boleh menjalankan siasatan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pihaknya mengesahkan tentang perkara itu dan akan ke Bahagian Perundangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) kerana kejadian berlaku di Thailand.


Dalam kejadian pada bulan Ramadan itu, arwah Faziani meninggal dunia manakala suaminya Shah Rizal Ibrahim cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki terbabit kemalangan.

Difahamkan, Allahyarham yang ketika itu berusia 41 tahun dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand bagi menghulurkan sumbangan.


Sebelum ini, adik Allahyarham iaitu Faizul Rohban mendedahkan bahawa arwah pernah menyatakan hasrat untuk bercerai sewaktu hayatnya sebelum terbabit dalam kemalangan tersebut.

Lepas 4 bulan kakak meninggal, suaminya ada wanita lain?


“Saya tidak berhujah tanpa fakta yang betul. 18.5.2019 kakak saya meninggal dunia. Lihat gambar di sebelah (kanan) tu tarikhnya bila. Kan saya dah kata cinta dah lama mekar

“Mungkin sewaktu kakak saya hidup lagi perkara ini terjadi. Sebelum kematian kakak saya, arwah pernah berkata kepada umi saya…

“…dan salah seorang kawan baik dia waktu itu yang dia ingin bercerai,” dakwa Faizul menerusi sebuah posting di laman Facebook.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim) , Facebook Faizul Rohban