eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Syamsul Yusof perjelas status ‘diam diri’-“Saya dalam proses selesaikan kemelut rumah tangga..”

 


Pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof memberitahu dirinya dalam proses menyelesaikan rumah tangga bersama isteri, Puteri Sarah Liyana.


Menurut laporan BH Online, pengarah berusia 38 tahun itu mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana tidak mahu menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Saya tidak mahu bila saya cakap nanti akan menyinggung perasaan isteri atau mana-mana pihak,”kata Syamsul.

Maklum Syamsul, dia bukanlah mahu melarikan diri daripada masalah, sebaliknya hanya ‘menyepi’ buat sementara daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu tersebut.

“Inilah kehidupan dan saya pun pernah berumur belasan tahun. Saya juga sedar akan umur sekarang ini.

“Saya bukan lari, cuma saya ambil tindakan untuk berdiam diri dan itulah keputusan yang terbaik kerana pihak sana sudah keluarkan,”ujar sutradara filem Mat Kilau.


Pada masa yang sama, Syamsul meluahkan kekecewaan apabila melihat netizen pada masa ini tidak sabar-sabar menantikan ‘episod’ rumah tangganya bersama isteri dan ‘pihak ketiga’.

“Minta maaflah kalau saya nak bercakap sedikit mengenai netizen. Tanpa kita sedar, mereka menganggap realiti kehidupan sekarang seperti menonton sebuah drama sambil memakan popcorn.

“Apa jadi seterusnya? Apa episod minggu depan?”luahnya lagi.


Mengulas lanjut mengenai tindakan tersebut, anak kepada penerbit tersohor negara, Datuk Yusof Haslam memaklumkan dirinya pasti akan bersuara akan isu rumah tangganya itu apabila tiba masa yang sesuai.

“Sudah tentu akan sampai masanya saya akan beritahu. Takkanlah saya nak diamkan diri sampai ke sudah? Saya tidak begitu.

“Saya masih dalam proses menyelesaikan masalah rumah tangga. Jadi, itulah dia,”jelas Syamsul.



sumber:Gempak!