eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wan Sharmila rakam video trend,Ramai ‘mention’ Mamat.. “Bagus,tak gelek2”

 


Kini banyak cabaran yang menjadi trend untuk membuatkan video-video yang dikongsi kepada umum lebih menarik. Cabaran menggunakan lagu latar, Marry Me juga antara yang mendapat sambutan hangat tidak kira daripada selebriti mahupun netizen.

Cabaran Marry Me tersebut bermula apabila seseorang itu disarung cincin oleh individu yang dikenali mereka lalu menari disamping bagi menunjukkan kegembiraannya sambil menutup muka.

Walau bagaimanapun, Wan Sharmila iaitu pelakon yang kini hangat menjadi perhatian selepas lakonan menjadinya dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang baru sahaja melabuhkan tirai dengan pantas mendapat perhatian ribuan netizen apabila dia menyahut cabaran trend tersebut.


Video Wan Sharmila yang bermula daripada dirinya disarungkan cincin lalu menutup muka disamping beberapa individu yang berbeza dan hanya mengerakkan tangannya sahaja membuatkan ramai tercuit hati apabila dia tampil dengan gaya tersendiri.

Sehingga menyebabkan ramai berseloroh dengan ‘mention‘ nama akaun popular, MamatGotNoChill atau mamat apabila Wan Sharmila dilihat mengubah trend tersebut.


@wansharmilalala 🙈 #wansharmila #foryou ♬ Marry Me (feat. Toya Wright) - Rasheeda

Ruangan komen video Wan Sharmila itu ternyata turut dipenuhi dengan reaksi netizen yang memuji style baru dalam melakukan cabaran trend tersebut yang dilakukan oleh pelakon terkenal dalam memegang watak Sofi itu