eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wanita ini Kongsi Cerita Bekas Suami Dari Sweden Jadi Biawak Hidup


Peribahasa ‘bagai mendukung biawak hidup’ bermaksud menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri kita. Baru-baru ini, isu biawak hidup hangat dibincangkan di media sosial apabila perkongsian dari wanita ini tentang bekas suaminya mencuri tumpuan ramai.

Kisah wanita itu tular apabila dia menceritakan tentang suaminya dari Sweden yang sesuai dianggap sebagai biawak hidup dalam perkahwinan mereka. Malah kebanyakan netizen turut mengakui biawak hidup sememangnya wujud bukan dalam kalangan orang kita sahaja.

 

Di dalam perkongsian tersebut, wanita itu memberitahu bekas suaminya yang berasal dari Sweden itu kini bernikah dengan seorang gadis Melayu. Gadis itu juga dikatakan sebagai ‘skandal’ semasa lelaki itu masih lagi bergelar suaminya.

Menurutnya, kedua-dua mereka telah menipunya ketika dia bersusah payah bekerja dua kerja dalam satu masa untuk menanggung lelaki itu. Sampaikan pada satu tahap, gadis perampas itu memintanya membayar RM1500 sebulan sebagai salah satu syarat untuk mereka berdua bercerai.

“Bekas suami saya tinggal bersamanya semasa saya bersusah payah menyaranya ke kolej, membelikan insurans dan menyediakan perbelanjaan untuknya.”

Bukan sahaja terpaksa menanggung perbelanjaan suaminya itu, lelaki tersebut juga pernah melakukan keganasan rumahtangga dan menyebabkan wanita itu dimasukkan ke hospital sebanyak tiga kali.

Perkongsian dari wanita ini juga berjaya membuka mata ramai pihak di mana biawak hidup sememangnya wujud di mana-mana sahaja. Malah ada yang memberitahu kebiasaannya ‘mat salleh’ dipandang tinggi di negara Asia walhal mereka sebenarnya melarikan diri dari kemiskinan di negara sendiri.