Wanita berwajah mirip dengan Allahyarham Siti Sarah meluahkan rasa kesal apabila menerima kecaman dilemparkan netizen sewaktu menghadiri majlis hari lahir bapa arwah iaitu Raissuddin Hamzah, baru-baru ini.
Menerusi video luahan di akaun TikTok miliknya, wanita dikenali sebagai Emy itu berkata, dia sekadar memenuhi undangan selepas dijemput oleh isteri kepada Raissuddin iaitu Siti Fatimah Suberi.
@bungaapril097 ♬ original sound - Bunga April
Emy berkata, dia ada membaca laporan berhubung sambutan hari lahir tersebut namun kecewa kerana segelintir netizen memberi komen negatif dan memaki hamun berbanding meninggalkan kata-kata yang baik.
“Ada yang cakap saya pergi sana menggatal la, ambil kesempatan. Tapi niat saya hanya mahu berjumpa ayah arwah saja, sebab mereka jemput. Ada rezeki, kita pergi la.
“Tapi dari Facebook sampai ke TikTok, tak ramai yang berfikiran positif. Mereka hanya baca tajuk, tengok gambar pastu terus maki-maki,” katanya.
Selain itu, Emy juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah mengaku mempunyai wajah seiras Allahyarham Siti Sarah apatah lagi bagi menghasilkan konten atas tujuan meraih publisiti.
“Siapa yang pernah follow saya dari dulu, mereka tahu saya macam mana. Saya suka reviu barang orang. Belum pernah lagi saya mengaku saya ni seiras dengan mana-mana individu,” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, video berdurasi tiga minit itu dipenuhi dengan reaksi positif netizen dimana ramai memberikan kata-kata semangat kepada Emy supaya mengabaikan saja kecaman orang ramai.
sumber:bungaapril097