eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wanita kesal ditengking ‘Pakcik MRT’ “Sangat biadap panggil b*tch…”

 


Sejak kebelakangan ini, ramai orang dilihat cuba menggunakan  pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang semakin teruk.

Meksipun mereka terpaksa bersesak dengan pengguna lain, namun ia tidak menjadi penghalang utama.

Pengguna warga emas pentingkan diri sendiri?
Walau bagaimanapun, tular ciapan di Twitter baru-baru ini apabila seorang pengguna mendakwa dirinya ditengking oleh individu ‘kurang ajar’ dalam pengangkutan awam, Mass Rapid Transit (MRT).

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @chnrsyrn, dia memberitahu individu tersebut merupakan warga emas menengking dirinya sambil menuntut kerusi yang diduduki oleh pengguna itu adalah miliknya.

“Dia sangat biadap, siap tengking-menengking sebab nak tuntut tempat duduk.

“Sedangkan, banyak lagi tempat duduk yang masih ada,”tulisnya.


Apa yang lebih mengecawakan apabila lelaki warga emas itu memaki dan menggelarkan dirinya ‘stupid bitch‘.

Nasib baiklah ada penumpang wanita berbangsa Cina
Tambahnya lagi, dia bernasib baik kerana pada ketika itu terdapat seorang penumpang wanita berbangsa Cina membantu dirinya mempertahankan hak tempat duduk tersebut.

Pun begitu, pak cik berkenaan dilihat enggan mengalah, selain dimaki semula oleh individu tersebut sambil menghentakkan payung yang dipegangnya sebelum bercakap “SHUT UP!”

Difahamkan, individu tersebut bukanlah warga tempatan.


Kawan kata dia memang bermasalah

Menurut wanita itu, bukan dia seorang sahaja pernah berjumpa dengan ‘pakcik biadap’ ini apabila salah seorang rakannya mengakui turut terkena.


Dah tua pun macam ….

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dapat dilihat di kalangan warganet dan ramai meluahkan ketidakpuasan hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh pak cik tersebut.

Kata mereka, perbuatan itu sangatlah tidak berpadanan dengan usianya yang sepatutnya menunjukkan teladan yang baik untuk anak-anak muda lain.




sumber:senah