eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wanita mirip arwah Siti Sarah,Buatkan Raisuddin Ayah Arwah terkejut ada depan mata

 


Sempena menyambut ulang tahunnya tahun ini, pelakon era 80an menerima kejutan istimewa daripada isterinya tercinta, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra disapa Makder.

Hadiah bermakna sempena ulang tahun ke-66

Menerusi perkongsian isterinya di Tiktok, menyaksikan detik-detik hening sekitar majlis tertutup yang dihadiri keluarganya apabila seorang wanita mirip Allahyarhamah Siti Sarah turut hadir bersama.

@suciuwais Masa mula2 org kata muka dia sama dgn arwah, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dgn Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing2 sibuk.Sempena hari lahir kita bawa Emy utk meraikan sekali hari lahir bersama2 dgn kami semua. Terima kasih pada family dan rakan2 yg hadir utk meraikan hari lahir abah, terima kasih jugak untuk Emy dan keluarga yg sudi terima pelawaan kami 🥰❤️ #fyp #birthday #love ♬ Tanpa kekasihku - Agnes Monica

Dalam kapsyennya memaklumkan, sebelum ini Raisuddin ada menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan wanita bernama Emy itu.

"Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada bagitahu teringin sangat nak jumpa dengan Emy ni..."

"Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing-masing sibuk."

Wanita mirip arwah anak datang raikan bersama

Justeru itu, sempena ulang tahun ke-66 suaminya, dia menjemput Emy datang ke rumah bagi meraikan  bersama ahli keluarga termasuk anak-anak Allahyarham.


"Mengalir air mata" 

Melihat reaksi terkejut dan hiba yang terpancar pada wajah Raisuddin membuatkan seluruh warganet ikut bergenang air mata, seolah-olah mengetahui apa yang sedang dirasakan ketika itu.




sumber:@suciuwais