eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Cinta Hilang Kata Lakonan Shahz Jaszle, Sophia AlBarakbah

 

Drama Cinta Hilang Kata Lakonan Shahz Jaszle, Sophia AlBarakbah

Tonton drama adaptasi novel 'Cinta Hilang Kata' Full Episod karya Lily Haslina Nasir akan datang di Astro Prima. Drama terbitan Country & Universan, diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan menampilkan pelakon Shahz Jaszle, Sophia AlBarakbah, Iqram Dinzly, Nelissa Nizam dan ramai lagi.

Judul :Cinta Hilang Kata
Tarikh Tayangan:18 Julai 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian: Astro Prima
Pengarah: Kyoll Hamzah
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Pelakon: Shahz Jaszle, Sophia AlBarakbah, Nelissa Nizam, Hariz Hamdan, Iqram Dinzly, Anne Abdullah, Lizza Abdullah, Amelia Christie, Ayunie Rizal, Talha Harith, Aqil Taqee, Faa Zaini

Watak Pelakon 
Shahz Jaszle sebagai Rain Akhtar 
Sophia AlBarakbah sebagai Nurul Masmin
Nelissa Nizam sebagai Sabby
Hariz Hamdan sebagai Zaili
Iqram Dinzly sebagai Amirul
Anne Abdullah sebagai Mahyun
Lizza Abdullah sebagai Jah Gayah
Amelia Christie sebagai Ezra
Aqil Taqee sebagai Deens
Faa Zaini sebagai Wanie

Sinopsis Cinta Hilang Kata

Nurul Masmin dalam diam sukakan Rain Akhtar tetapi terpaksa menurut kemahuan ibunya berkahwin dengan Amirul. Rain yang juga menyukai Nurul rasa kecewa dan membawa diri. Amirul sangat pandai mengambil hati ibu Nurul untuk merealisasikan impian ibunya, Jah Gayah. 

Jah Gayah sangat bencikan Nurul kerana cintanya pada ayah Nurul tidak berbalas. Nurul hanya alat untuk dia hidup mewah. Sepanjang perkahwinan, Nurul tidak pernah bahagia, semua dilakukan untuk menjaga hati arwah ibunya.

Setelah kematian ibunya, Nurul tekad untuk bercerai, tindakannya itu membuatkan Jah Gayah meradang. Nurul menderita akibat terkena sihir. Mujur Nurul mempunyai rakan baik Ezra, Wanie dan Deens yang sentiasa ada disisinya.

Rain pula tidak putus asa mengejar cinta Nurul. Nurul sering mengelak kerana trauma dengan apa yang berlaku dan dia juga tidak mahu di gelar perampas.