eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Lelaki ‘Pening’ Tunang Merajuk Sampai Sanggup Berdiri Dalam Hujan

 


Lelaki dan perempuan memang mempunyai perangai yang sangat berbeza dan ada masanya pening juga untuk memahami satu sama lain. Macam yang dikongsikan lelaki ini apabila dia terpaksa melayan kerenah tunangnya yang merajuk mengalahkan kanak-kanak.

Bukan hanya merajuk malah wanita itu juga siap berdiri di dalam hujan sebagai tanda protes sekaligus membuatkan ramai berdekah melihatnya. Video yang dikongsikan ini juga tular dengan lebih dua juta tontonan setakat ini.


 
Menerusi video yang dikongsikan ini, lelaki itu menunjukkan kerenah tunangnya yang merajuk gara-gara diusik olehnya sebelum itu. Apa yang melucukan ialah wanita itu siap berdiri di bawah pokok dalam keadaan hujan yang sedang turun.

Lelaki itu kemudian memujuk wanita itu untuk masuk ke dalam rumah namun langsung tidak dilayannya. Malah wanita itu juga siap berdiri di kawasan yang terkena hujan dan sengaja membiarkan dirinya basah dek air hujan itu.

Dalam masa yang sama, lelaki itu turut sama berdekah melihat gelagat tunangnya ini dan buntu memikirkan cara untuk memujuknya. Di ruangan komen, rata-rata netizen juga terhibur dengan kerenah wanita itu dan menganggap ini adalah situasi biasa bagi para wanita yang suka merajuk.

Dalam masa yang sama, lelaki itu turut sama berdekah melihat gelagat tunangnya ini dan buntu memikirkan cara untuk memujuknya. 




sumber: tiktok