eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Telemovie Lebai Sampan Lakonan Jalil Hamid, Que Haidar, Beto Kusyairy

 

Lakonan Jalil Hamid, Que Haidar, Beto Kusyairy

Tonton telefilem 'Lebai Sampan'' full episod lakonan Jalil Hamid, Que Haidar, Beto Kusyairy dan ramai lagi. Telefilem ini akan ditayangkan pada 9 Julai 2022 jam 10 malam di Astro Citra HD.

JUDUL: Lebai Sampan #lebaisampan
Waktu Siaran: Sabtu, 9 Julai 2022, 10:00 malam 
Rangkaian: Astro Citra 
Pengarah: Zainorhisyam Samudin
Produksi: Gambo TV
Pelakon: Jalil Hamid, Que Haidar, Beto Kusyairy, Puteri Balqis, Haidin Nasir, Ruminah Sidek

Sinopsis Lebai Sampan
Menceritakan kisah luar biasa seorang Lebai yang terperangkap di antara memenuhi rukun Islam yang terakhir dan menjaga kakaknya yang berusia 75 tahun dan juga buta penglihatan.

Kisah Ngah Omar (Lebai Sampan) yang menelan hakikat kehidupan di antara dua sempadan "hasrat" dan "takdir". Dihubungkan dua sempadan itu dengan dayungan kasih hakiki bersama kakaknya yang buta Zaleha, Hatta dianggap seperti anak dan Dian yang menumpang teduh ciri kebapaannya. Semua dilakukan Lebai Omar dengan satu niat, persiapan jiwa untuk menunaikan fardhu Haji. Hal yang selalu diimpikan walau tiada kemampuan.