eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Akira Khan Lakonan Kamal Adli,Uqasha Senrose

 


Tonton drama adaptasi novel Akira Khan karya Ammara Ayyash terbitan SR One Sdn Bhd diarahkan oleh Jamal Khan. Dilakonkan oleh pasangan suami isteri Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Bakal mememmui penonton di slot MegaDrama Astro Ria.

JUDUL : Akira Khan #AkiraKhan
Tonton Full Episod: 1-28
Tarikh Tayangan: 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malamm
Rangkaian: Astro Ria slot MegaDrama
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: SR One Sdn Bhd

Watak Pelakon
Kamal Adli sebagai Raden
Uqasha Senrose sebagai Akira
Julia Farhana Marin sebagai Liyana
Esma Daniel sebagai Kamarul
Maria Farida sebagai Fareedah
Idzham Ismail sebagai Joe
Saidah Kamarudin sebagai Faten

Sinopsis Akira Khan
Pertemuan yang singkat membuatkan Akira jadi angau. Tangisan lukanya menjadikan gadis itu lemah dan tersungkur menjadi hak mutlaknya. Satu malam janji diikat dan malam itu juga adalah detik terakhir mereka bertemu. Janji-janji yang ditabur dipegang bertahun lamanya. Akira semakin sesat dalam sebuah rindu yang tiada penghujung, 

“Sayang?” 

Radin tersedar dari mimpi. Siapa Akira Khan? Yang ada di hadapannya cuma Liyana, isterinya. Mana datang perempuan yang bernama Akira? 

Kerana satu janji yang di salah erti, dua jiwa yang bahagia berpisah. Tetapi Akira tekad untuk mencari suaminya semula. Namun dia pula dikejutkan dengan berita kewujudan Liyana di sisi Radin, wanita yang pernah menjadi punca Akira dan Radin berkahwin. 

"Ke mana awak pergi, Akira? If you really care about me, where did you go? Where were you when I need you?" Mata Radin mencerlung tajam ke arah Akira. 

"When you need me?" Akira ketawa pedih. "If you really need me, you will find me.” 

Radin betul-betul tak ingat apa yang telah berlaku antara dia dan Akira. Yang pasti kehadiran Akira ke rumahnya membuatkan dia tekad untuk mencuri hati isterinya semula. Namun tidak semudah itu Akira menerima Radin semula. 

Akira merasakan dirinya dikhianati kerana selama kehilangannya, tiada yang mencari namun kedatangannya seolah-olah dirai. Siapa sebenarnya yang Radin nak? Dia atau Liyana? 

“Awak tu memang suami yang dayus. Awak tahu saya curang tapi awak masih simpan saya sebab awak tu bodoh!” 

Radin makin hilang sabar apabila kesetiaannya diuji, keikhlasannya diragui dan cintanya tidak dihargai. Walaupun Liyana adalah cinta pertamanya namun dia pasti kebahagiaan yang dimiliki hanya bersama Akira Khan! Dia tekad untuk memiliki wanita itu semula!

PROMO DRAMA AKIRA KHAN

Para Pelakon Akira Khan

Drama Akira Khan Lakonan Kamal Adli,Uqasha Senrose2






Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19
Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28
Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40