eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Bukan Lelaki Terhebat Lakonan Adam Lee, Sweet Qismina

 

Tonton drama adaptasi novel Bukan Lelaki Terhebat karya Dilla Ahmad bakal menampilkan Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai pelakon utama. Drama bersiri 15 episod terbitan Orangetree Production diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Drama Bukan Lelaki Terhebat akan disiarkan menerusi slot Samarinda TV3.

Judul : Bukan Lelaki Terhebat
Tonton Full Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Pengarah: Eoon Shuhaini
Produksi: Orangetree Production Sdn Bhd
Pelakon: Adam Lee, Sweet Qismina, Halim Radzi, Omar Abdullah, Rashidah Jaafar, Hasnul Rahmat, Anies Hannani, Ameerul Asyraf, Harissa Adlynn, Arash Mohd, Zalfa Zin, Puteri Balqis, Zarina Zainuddin, Sham Visa

Watak Pelakon
Adam Lee sebagai Jaden Haqeef
Sweet Qismina sebagai Seri Dhia
Halim Radzi sebagai Doktor Iqram
Omar Abdullah sebagai Pak Samad
Anies Hannani sebagai Ariana
Ameerul Asyraf sebagai Andi
Arash Mohd sebagai Tuan Amirul
Puteri Balqis sebagai Zalikha

Sinopsis Bukan Lelaki Terhebat
Bermain cinta dengan perempuan simpanan bos memang sesuatu yang sangat gila! Atas kesalahan itu, dia dibelasah teruk dan dibiarkan separuh nyawa di dalam kebun getah. Dan takdir membawa Jaden dipertemukan dengan Tok Ayah dan Seri Dhia.

“Lelaki hebat? Ada ke spesis lelaki macam itu zaman sekarang ni? Tak pernah pula saya jumpa lelaki hebat selain tok ayah saya. ~ Seri Dhia

“Nak tahu aku lelaki hebat atau tidak, kau nak cuba dengan aku?” ~ Jaden

Sukar untuk Jaden menjadi lelaki yang hebat di mata Seri Dhia, kalau Iqram saja yang menjadi perhatian gadis itu. Apatah lagi dengan kekurangannya dalam memahami ilmu agama. Tapi demi memiliki Seri, juga kerana janji kepada Tok Ayah untuk menikahi gadis itu, Jaden sanggup mencalar kepercayaan dan maruah Seri.

“Apa salah saya sampai awak buat saya macam ni, Jaden?” ~ Seri Dhia

“Kau buat aku merasa sesuatu. Sesuatu yang bagi aku, kalau aku lepaskan... aku tidak akan merasainya lagi. Aku cintakan kau, Dhia.” ~ Jaden

Cinta mereka diuji saat kisah silam Jaden terbongkar. Masihkah ada cinta buat Jaden di hati Seri saat dia mengetahui sisi gelap seorang Jaden Haqeef? Bagaimana pula dengan Ariana dan Iqram, dua orang yang terus menagih cinta Jaden dan Seri?

Promo Bukan Lelaki Terhebat


Para Pelakon Bukan Lelaki Terhebat

Drama Bukan Lelaki Terhebat Lakonan Adam Lee, Sweet Qismina2