eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Bukan Syurga Pilihan Lakonan Ungku Ismail Aziz, Nadiya Nisaa

 

Drama Bukan Syurga Pilihan Lakonan Ungku Ismail Aziz, Nadiya Nisaa2

Tonton drama Bukan Syurga Pilihan diadaptasi daripada novel 'Gantung' karya AH Clans akan ditayangkan di slot Tiara Astro Prima. Drama bersiri 40 episod arahan Ungku Ismail Aziz yang juga pelakon utama drama ini bergandingaan dengan Nadiya Nisaa.

JUDUL :Bukan Syurga Pilihan
Tonton Full Episod: 1-40
Tarikh Tayangan: 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian: Astro Prima slot Tiara
Pengarah: Ungku Ismail Aziz
Produksi: MIG Productions Sdn Bhd
Pelakon: Ungku Ismail Aziz, Nadiya Nisaa, Azizah Mahzan, Fezrul Khan, Aishah Ilias, Fathil Dani, Ady Mohammad, Zarina Zainoordin, Nasz Sally, Mardiana Alwi

Watak Pelakon
Ungku Ismail Aziz sebagai Megat Ariff
Nadiya Nisaa sebagai Tihani Zahira
Azizah Mahzan sebagai Toh Puan Ulya
Fezrul Khan sebagai Zaid
Mardiana Alwi sebagai Syahrini

Sinopsis Bukan Syurga Pilihan
Tihani Zahira, seorang wanita yang menjadi mangsa kekejaman rumah tangga dan telah diceraikan talak tiga oleh bekas suaminya, Zaid. Setelah itu, Zaid merayu mahu wanita itu kembali kepadanya dengan cara berkahwin dengan lelaki lain. Tetapi percaturan Zaid silap apabila Tihani Zahira berkahwin dengan lelaki yang sudah lama menyimpan perasaan pada wanita itu. 

Megat Ariff, seorang usahawan muda yang memendam perasaannya pada Tihani Zahira. Akhirnya, berjaya mengahwini wanita itu setelah Tihani diceraikan suaminya. Namun, perkahwinan mereka dibuat secara rahsia tanpa pengetahuan Bonda Megat Ariff, Toh Puan Ulya yang sangat mementingkan darjat dalam keturunannya. Toh Puan Ulya yang tidak mahu wanita biasa-biasa menjadi menantu, membuatkan Megat Ariff terpaksa menyorokkan perkahwinannya dengan Tihani Zahira. 

Toh Puan Ulya mengatur strategi untuk memisahkan Megat Ariff dan Tihani Zahira. Segalanya rancangannya berjaya apabila Megat Ariff percaya dengan fitnah yang dibuat oleh bekas suami Tihani dan wanita itu dihalau dari rumah milik Megat Ariff sewaktu dia sarat mengandungkan anak pertama mereka.

Kehidupan Tihani berubah seratus peratus selepas dihalau. Sehingga dia menjadi gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur. Tiada tempat bergantung hidup. Dan... Megat Ariff sendiri yang menghancurkan hidup Tihani.

Sepanjang tempoh menjadi gelandangan, Tihani terpaksa merempat di merata tempat sehingga dia melahirkan anak sulungnya tanpa suami di sisi. Melahirkan seorang anak istimewa tanpa sokongan sesiapa bukanlah sesuatu yang mudah. Setelah apa yang dia lalui, Tihani nekad mahu meneruskan hidupnya walaupun dia di gantung tak bertali. 

Setelah kebenaran terbongkar, Megat Ariff kembali mencari Tihani dan mahu wanita itu kembali kepadanya. Namun, Tihani yang berubah keras menyukarkan Megat Ariff untuk memujuk wanita itu. 

Sepanjang Megat Ariff memujuk Tihani, pelbagai peristiwa yang telah menimpa kehidupan mereka.

PROMO BUKAN SYURGA PILIHAN

PARA PELAKON BUKAN SYURGA PILIHAN

PARA PELAKON BUKAN SYURGA PILIHAN 1

PARA PELAKON BUKAN SYURGA PILIHAN 3

PARA PELAKON BUKAN SYURGA PILIHAN 5

PARA PELAKON BUKAN SYURGA PILIHAN 7

PARA PELAKON BUKAN SYURGA PILIHAN 9

PARA PELAKON BUKAN SYURGA PILIHAN 11
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19
Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28
Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40