eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Kau Vs Aku Lakonan Shamyl Othman, Megat Shahrizal, Siti Afizah

 

Drama Kau Vs Aku Lakonan Shamyl Othman, Megat Shahrizal, Siti Afizah2

Tonton Siri Originals Sooka, Kau vs Aku Full Episod diinspirasikan daripada webnovel Wattpad popular hasil sentuhan penulis, Nurul Husnina Binti Mockthar yang mencatatkan lebih 2 juta bacaan di platform tersebut. Siri ini juga akan menampilkan integrasi PUBG MOBILE dalam plot kisah cinta yang dipaparkan sebagai penggalak berputiknya cinta antara dua watak Kau vs Aku, yang dimainkan oleh Chubb-E dan Mia Sara Shauki.

Siri Kau vs Aku diarahkan oleh tiga pengarah Shamyl Othman (pengarah Ex Aku Pontianak dan Gantung), Megat Shahrizal (pengarah Jibril) dan Siti Afizah (pengarah Sa-balik Baju) dan menampilkan barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Dini Schatzmann, Shasha Abedul, Mia Sara Shauki, Chubb-E dan Atikah Suhaime.

Episod pertama untuk siri Kau vs Aku ini boleh ditonton secara percuma di Sooka bermula pada 19 Ogos. Penonton boleh mengikuti episod seterusnya dengan melanggan pelan langganan mudah alih sooka - pelan VIP Entertainment pada harga RM15.90/bulan, atau pelan VIP TV pada harga RM42.50 sebulan.

Judul : Kau vs Aku #kauvsaku
Tonton Full Episod:1- 8
Tarikh Tayangan: 19 Ogos 2022
Skrip: Anwar Hadi, Farah Alya As'ari, Afiza Asram
Pengarah: Shamyl Othman, Megat Shahrizal, Siti Afizah
Produksi: Wattpad WEBTOON Studios

Watak Pelakon

Shasha Abedul sebagai Aulia Zulaikha
Dini Schatzmann sebagai Danish Aryan
Mia Sara Shauki sebagai Shanina
Chubb-E sebagai Zafran (Zhaf)
Arena Wan sebaga Syafikah
Imran Aqil sebagai Ashraf
Fimie Don sebagai Luqman
Atikah Suhaimie sebagai Hanniya
Marisa Yasmin sebagai Puan Shikin
Arash Mohamad sebagai Encik Ridhuan
Hafidz Roshdi sebagai Emir
Emelda Rosemila sebagai Puan Emelda

Sinopsis Kau vs Aku

Memaparkan kisah cinta penulis berbakat berusia 16 tahun yang hidupnya menjadi huru-hara apabila remaja popular di Instagram yang diminatinya, berpindah ke sekolahnya.

Dunia Aulia Zulaikha digoncangkan bila bertembung dengan 'influencer' yang dibencinya, Danish Aryan. Tapi bila bapanya mula mengatur masa depannya, Aulia melihat Danish sebagai jalan keluar. Adakah permusuhan remaja bakal berbunga menjadi cinta?

PROMO KAU VS AKU


PARA PELAKON KAU VS AKU



Drama Kau Vs Aku Lakonan Shamyl Othman, Megat Shahrizal, Siti Afizah2

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19
Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28
Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40