eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Tok Guru Lakonan Nasir Bilal Khan, Johan As'ari

 

Drama Tok Guru Lakonan Nasir Bilal Khan, Johan As'ari2

Tonton drama bersiri bersempena bulan Kemerdekaan berjudul Tok Guru terbitan World Evolution Brain (M) Sdn Bhd, naskah nukilan Zabidi Mohamed dan diarahkan oleh Dato’ Jurey Rosli. Drama ini mengangkat perjuangan seorang Guru Pondok di Kelantan semasa era Malayan Union tahun 1946. Saksikan drama Tok Guru akan disiarkan di TV2 bermula 31 Ogos ini setiap Isnin hingga Khamis pukul 1.30 petang.

JUDUL: Tok Guru #Tokguru
Tonton Full Episod:1- 13
Tarikh Tayangan: 31 Ogos 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 1:30 petang
Rangkaian: TV2 / RTM Klik
Penulis Skrip: Zabidi Mohamed
Pengarah: Dato’ Jurey Rosli
Produksi: World Evolution Brain
Pelakon: Nasir Bilal Khan, Johan As'ari, Wafariena Roslan, Lan Siro, Z. Zamri, Kamarool Hj Yusoff, Saiful Wazien, Andre Feyaerts, Hari Haran

Sinopsis Tok Guru
Kisah seorang Tok Guru pondok di Kelantan cuba memperkenalkan subjek mathematic dan geography dalam pengajian pondok yang dikendalikannya. Tindakan menongkah arus ini di tentang oleh beberapa tok guru-tok guru pondok lain. Tok Guru di boikot sehingga ramai pelajar pondoknya dihasut keluar dan berhijrah ke pondok lain. Tok Guru mempunyai seorang anak lelaki Umar (15th) yang berkawan baik dengan Anuar seorang budak lelaki sebaya dengannya yang minat bermain bola. Umar kerap mengajak Anuar bermain bola di perkarangan pondok Tok Guru. Sekali lagi tok guru-tok guru di pondok lain yang tidak bersetuju dengan Tok Guru menuduhnya sudah menyimpang jauh dari tradisi dan amalan sistem pendidikan pondok yang telah lama mereka amalkan.

Satu hari seorang lelaki Mr Richard (55th) berbangsa inggeris yang Pengetua Victoria Institution (VI) di Kuala Lumpur yang kebetulan tersesat di pondok Tok Guru ternampak Anuar, Umar dan beberapa pelajar pondok sedang bermain bola. Umar secara tidak sengaja tertendang bola tepat ke muka Mr Richard. Mr Richard terjatuh dan rasa terhina dengan kejadian itu. Mr Richard yang bongkak dan sombong kemudian mencabar anak-anak murid Tok Guru untuk berlawan bolasepak dengan pelajar VInya. Mr Richard sanggup membawa pasukan bola sepak VInya ke Kelantan jika tok guru bersetuju. Pasukan bolasepak VI ketika itu adalah die hard fan kepada pasukan Manchester United di England.

Tok Guru bersetuju dengan cadangan Mr Richard itu dan cuba mendapatkan sokongan tok guru-tok guru pondok lain untuk mengumpulkan pemain terbaik dari kalangan para pelajar pondok mereka untuk mengalahkan pasukan bola VI itu. Tok Guru sebenarnya ingin mengambil kesempatan berlawan dengan pasukan VI itu kerana mahu mengajak tok guru-tok guru pondok lain menjatuhkan ego Mr Richard sebagai lambang imperialism yang ketika itu sedang mendesak dan mengugut Raja-Raja Melayu untuk menerima Malayan Union. Tok Guru mahu masyarakat melayu ketika itu bangkit atas nama agama menentang Malayan Union.