eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Filem Kampung Latah The Mummy

 

Filem Kampung Latah The Mummy 2

Tonton Filem dengan gelagat komedi latah kembali dengan sekuel terbaru, Kampung Latah..The Mummy akan menemui penonton di Astro First, saluran 480 bermula bermula 25 Ogos 2022. 

Lebih menarik, selain mengembalikan teraju utama daripada prekuel, seperti pelakon Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur, Din Latah dan Riezman Khuzaimi, Kampung Latah...The Mummy kali in turut membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Adlin Aman Ramli, Bell Ngasri, Sharif Zero, Mamak Putih, Shashic Iewan, Acong Sweetchild, Jaafar Onn, Wanie Ooi, Souya, Along Kembo, Delimawati, Razak Ahmad, Sharwani Ns, Syuk Sahar, pempengaruh (influencer) Ilham Abata dan ramai lagi.

Terdahulu, filem yang pertama iaitu Kampung Latah Kena Kuarantin telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta semasa tayangannya di Astro First pada tahun lalu. Bagi Kampung Latah...The Mummy menyaksikan jalan cerita kali ini berkonsepkan komedi seram. Filem terbaru ini turut mengembalikan pengarah daripada filem pertama iaitu Azizi Hj Adnan.

JUDUL :Kampung Latah...The Mummy
Genre: Komedi Fantasi
Tarikh Tayangan di Astro First: 25 Ogos 2022
Cerita Asal: Hazil Izham Ismail & Nazia Mustafar
Skrip: Azizi Hj Adnan & Ilham Abata
Pengarah: Azizi Hj Adnan
Produksi: Megapine (M) Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon
Azhan Rani sebagai Ajin
Nazia Mustafar sebagai Jamilah
Ieda Moin sebagai Eton
Ps Mansur sebagai Mansur
Din Latah sebagai Din
Adlin Aman Ramli sebagai Mummy
Bell Ngasri sebagai Abon
Sharif Zero sebagai B-boy
Mamak Putih sebagai Aaron
Riezman Khuzaimi sebagai Yb Hazil
Syuk Sahar sebagai Usin Markup
Shashic Iewan sebagai Syafiq Gagap
Acong Sweetchild sebagai Kontraktor Acong
Wanie Ooi sebagai Pontianak
Souya sebagai Pochong
Along Kembo sebagai Hantu Gigi
Delimawati sebagai Mak Kiah Janda
Razak Ahmad sebagai Ustaz
Ruzaidi Rahman sebagai Bomoh Jawa
Ann Abdullah sebagai Bomoh Nek Siam
Sharwani Ns sebagai Pm Shahrin
Dato’ Haris Embong sebagai Haji Aris
Ilham Abata sebagai Zack Vlogger
Draman Muhamad sebagai Pak Abu
Noriza Salleh sebagai Mak Esah
Khairul Akek sebagai Pakcik Basikal

Sinopsis Kampung Latah...The Mummy
Kampung Latah...The Mummy menyaksikan Kampung Latah kembali kecoh dengan gelagat penduduknya. Kisah bermula apabila kerja-kerja pembinaan untuk membina Kompleks Sukan Kampung Latah terhenti apabila pekerja kontrak terjumpa keranda ‘mummy’ dan apabila di buka ‘mummy’ tersebut bangkit lalu mengganggu penduduk. Seperti biasa, Ajin , Jamilah, Eton, Mansur dan Din terus melakukan sesuatu untuk menghalang kerja jahat mummy tersebut dengan pelbagai cara. Bertambah huru-hara apabila Jamilah didapati telah hilang.

PROMO Kampung Latah The Mummy


PARA PELAKON KAMPUNG LATAH THE MUMMY

PARA PELAKON KAMPUNG LATAH THE MUMMY 2