eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gadis Hebat Dengan Hanya Berbaju Kelawar Mampu Lawan Peragut Jadi Bualan Netizen "Puas Hati Tengok"

 

Gadis Hebat Dengan Hanya Berbaju Kelawar Mampu Lawan Peragut Jadi Bualan Netizen "Puas Hati Tengok"2

Tular sebuah perkongsian video rakaman kamera CCTV yang memaparkan seorang gadis yang hampir menjadi mangsa ragut. Video tersebut tular dan menjadi bualan netizen apabila gadis itu dilihat begitu berani melawan semula dua peragut yang datang menyerangnya di bahu jalan.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan gadis berbaju kelawar itu berjalan seorang diri di tepi jalan apabila sebuah motorsikal berhenti di tepi. Pembonceng motorsikal itu kemudian meragut beg tangan yang dibawa oleh gadis itu namun gadis itu cuba melawan semula.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah orang awam yang melihat kejadian tersebut kemudian segera turun membantu gadis tersebut. Malah ada juga pemandu yang dari seberang jalan yang sanggup memberhentikan keretanya dan berlari bagi menghulurkan bantuan.






Difahamkan, kedua-dua peragut itu akhirnya berjaya ditahan di mana pihak polis tiba di situ untuk tindakan selanjutnya. Dalam masa yang sama, rata-rata netizen turut sama berasa kagum melihat tindakan berani gadis itu melawan semula peragut yang cuba membawa lari beg tangannya ini.