eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Jamal Sudi Berduet Dengan Aliff Syukri "Asalkan Tak Sumbang"

 

Jamal Sudi Berduet Dengan Aliff Syukri "Asalkan Tak Sumbang"2

Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah menyatakan dia tidak kisah untuk menerima pelawaan berduet dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Bukan setakat Aliff Syukri sahaja, malah dia berlapang dada sekiranya mana-mana individu menawarkan diri untuk berduet bersama asalkan mereka dapat memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Jika ditawarkan untuk berduet dengannya, saya anggap ia penghormatan dan kita pun dapat mengikuti trend serta kekal relevan untuk bersama-sama berada di persada.



Syarat utama mesti kena nyanyi betul2 dan tak sumbang

Memetik portal KopiPlanet, penyanyi berusia 63 tahun itu meletakkan syarat di mana rakan duetnya perlu menyanyi dengan sepenuh hati dan tidak bersuara sumbang.

“Cuma, syarat utama saya, dia kena menyanyi betul-betul dan tidak sumbang kerana kita akan sakit telinga dan orang pun tidak menyalahkan saya,” jelasnya.

Aliff lebih kepada promosi bisnes

Jamal yang dikenali sebagai Raja Pop Malaysia mengakui kebanyakan ‘nyanyian’ yang dilakukan oleh usahawan seperti Aliff Syukri adalah lebih kepada tujuan mempromosikan perniagaan sahaja.

“Semua pun tahu dia (Aliff) bukan penyanyi, namun saya melihat dia berkarya sebagai sebahagian daripada promosi bisnes.


Dia tak perlu belajar dengan guru vokal

Disoal mengenai ‘takdir’ jika berduet bersama, Jamal memberitahu dia sendiri akan menurunkan ‘key’ suara bagi memberi keseimbangan dengan Aliff Syukri.

“Kalau ditakdirkan kami berduet, dia tak perlu belajar dengan guru vokal. Cuma saya akan turunkan ‘key’ suara biar seimbang dengan usahawan berkenaan,” katanya.

Pun begitu, Jamal memaklumkan sehingga kini Aliff Syukri masih belum menghubunginya dan tidak mengetahui sejauh mana keseriusan usahawan tersebut untuk berduet bersama.