eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Movie Abang Long Fadil 3

 

Movie Abang Long Fadil 31

Francais komedi aksi ‘blockbuster' no 1 Malaysia, Abang Long Fadil kini bersedia menggegarkan pawagam Malaysia, Singapura, Brunei dengan sekuel terbarunya, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September depan. Filem terbitan oleh penerbit gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini menjanjikan lebih padat aksi memukau, komedi pecah perut, barisan pelakon terkenal serta kualiti produksi yang boleh dibanggakan.

Abang Long Fadil 3 sekali lagi mendapat sentuhan dan idea asal oleh pengarah cukup berkaliber, Syafiq Yusof. Syafiq amat terkenal dengan filem-filem pecah panggung dan digelarkan sebagai pengarah yang sukakan tampilkan ‘twist’’ plot seperti Abang Long Fadil, Misteri Dilaila, KL Special Force, Penunggang Agama.

Antara kekuatan dan kelainan dalam Abang Long Fadil 3 adalah comeback kumpulan Jozan, Zizan Razak dan Johan selepas setengah dekad. Selain Zizan dan Johan, turut dibintangi pelakon-pelakon terkenal seperi Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, dan Siraj. Hampir kesemua pelakon serlahkan adegan aksi yang mengujakan.

Judul :Abang Long Fadil 3 #Abanglongfadil3
Genre: Komedi Aksi
Tarikh Tayangan: 8 September 2022
Idea Asal: Syafiq Yusof
Pengarah: Syafiq Yusof
Produksi: Skop Productions & Astro Shaw
Pelakon: Zizan Razak, Jozan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Siraj

Lagu OST: ‘Payung’ - Zizan Razak & Elizabeth Tan

Sinopsis Abang Long Fadil 3
Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

PROMO ABANG LONG FADIL 3


PARA PELAKON ABANG LONG FADIL 3

PARA PELAKON ABANG LONG FADIL 3-1


PARA PELAKON ABANG LONG FADIL 3-5

PARA PELAKON ABANG LONG FADIL 3-7