eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Peniaga Bundle Mengamuk ‘bid’ harga terlalu murah, Terus koyakkan baju jualan

 


Baru-baru ini, seorang peniaga pakaian bundle menjadi perhatian netizen di laman sosial apabila dia bertindak memarahi pelanggannya yang meletakkan harga murah berbanding harga disasarkannya terhadap sehelai baju berjenama Adidas.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @AsyrafRosli_ di laman Twitternya, kelihatan seorang lelaki sedang membuat siaran secara langsung di Facebook yang menjual pakaian bundle di dalam sebuah bilik.


Difahamkan, lelaki terbabit telah memberi peluang kepada pembeli untuk membuka harga bagi sehelai baju berjenama Adidas berwarna biru.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba lelaki itu tidak dapat mengawal kemarahannya setelah melihat harga yang diletakkan oleh pembeli sangat rendah berbanding harga yang disasarkannya.


Katanya, tiada penjual lain yang akan menjual baju Adidas tersebut pada harga RM40 malah, dia sudah berputus asa untuk menjual pakaian bundle memandangkan sikap pembeli sentiasa mahukan harga yang tidak mendatangkan keuntungan.

Sejurus itu, dia terus bertindak memijak serta mengoyakkan dua helai baju tersebut sambil memaki hamun kepada pembeli yang ada pada ketika itu.


Kalau panas baran macam ni, baik tak payah berniaga..rugi je!

Bahkan, mereka tidak bersetuju dengan perbuatan yang dilakukan oleh lelaki itu kerana ia hanya mendatangkan kerugian serta menakutkan pembeli yang lain. Seharusnya, dia perlu lebih bersabar dalam melayani pelanggan dalam urusan jual beli.




Sumber:@AsyrafRosli_