eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Melastik Ke Hatimu 2 Andi Bernadee,Janna Nick

 

Tonton kesinambungan drama romantik komedi, Melastik Ke Hatimu 2 lakonan Janna Nick, Andi Bernadee dan Hafidz Roshdi akan menemui penonton di slot Lestary TV3.

JUDUL : Melastik Ke Hatimu 2 #melastikkehatimu2
Tonton Full Episod: 1-25
Tarikh Tayangan: 2023
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3
Pengarah: Zamri Zakaria
Produksi: OrangeTree Production Sdn Bhd

Watak Pelakon

Andi Bernadee sebagai Ziyyad Nazhan
Janna Nick sebagai Haura Annisa
Hafidz Roshdi sebagai Naim Johari
Wani Kayrie sebagai Fatin 
Shiha Zikir sebagai Hanis
Puteri Sarah Liyana sebagai Faida
Azizah Mahzan sebagai Mak Tok
Dato Jalaluddin Hassan sebagai Wan Asri

Cassia Iman sebagai Inayah

Sinopsis Melastik Ke Hatimu 2

Cinta antara Haura, gadis kilang ‘gengster’ dan Ziyyad, pemilik kilang yang terjalin selepas disatukan dengan perkahwinan dimana ibu Haura yang mahukan menantu kaya. Pelbagai konflik dan dugaan telah melanda hidup mereka sebelum kedua-duanya memahami erti sebenar pengorbanan.

Kini, kehidupan pasangan Ziyyad (Andi Bernadee) dan Haura (Janna Nick) semakin baik apabila Ziyyad tersenarai sebagai Young Entrepreneurs Malaysia 2021 dengan mengusahakan lebih 20 buah cawangan pasaraya dalam masa empat tahun. Haura pula seorang pencipta konten yang dikenali di media sosial. Ziyyad menjadi kebanggaan Mak Limah sehingga kejayaan menantunya sering dicanang satu kampung. 

Ziyyad dan Haura sedang menanti kelahiran anak kedua. Masalah mula timbul apabila Fatin, iaitu adik Haura (Wani Kayrie) ingin menjalankan praktikal di tempat kerja Ziyyad. Pada mulanya Ziyyad tidak bersetuju kerana mahu menjaga hati isterinya. Namun, Fatin telah mengadu kepada Mak Limah dan meminta ibunya memujuk Ziyyad. Akhirnya, Ziyyad terpaksa akur. 

Enggan ‘pisang berbuah dua kali’, Haura telah menetapkan syarat-syarat kepada Ziyyad supaya tidak lagi diganggu oleh Fatin. Ziyyad ikut saja kemahuan isterinya. Haura mula mengatur jadual kerja dan menerima permintaan produk review sebanyak yang mungkin kerana dia bakal bersalin tidak lama lagi. Kesibukan Haura juga telah mengurangkan perhatiannya kepada keluarganya. Satu hari, Haura terlupa untuk mengambil Inayah di sekolah disebabkan terlalu leka dengan kerja. Perkara ini mencetuskan pergaduhan antara Ziyyad dan Haura. 

Ujian buat Ziyyad apabila Fatin mula memasang strategi untuk mendekati dia. Fatin selalu mencari alasan untuk memikat hati Ziyyad. Tingkah laku Fatin sengaja menimbulkan prasangka dalam hati Haura. Ziyyad ingin memberi penjelasan tetapi Haura sukar untuk mempercayai adiknya lagi. Haura sudah masak dengan perangai Fatin yang sentiasa dengki terhadapnya. 

Haura meminta Ziyyad untuk mengambil Ain (Afifah Nasir) bekerja di syarikatnya jika ingin berdamai. Haura mahu kawan karibnya menjadi pemerhati di pejabat Ziyyad. Ziyyad bersetuju. Luqman (Idzham Ismail) yang tidak berputus asa untuk mendapatkan Fatin juga berusaha untuk menjauhkan Fatin dari terus mengganggu Ziyyad.

Apakah yang akan terjadi pada Ziyyad dan Haura seterusnya? Tidak hanya diganggu oleh Fatin, muncul pula TJ (Sharul Kamal) yang menagih cinta Haura. Berjayakah Ziyyad dan Haura berhadapan dengan konflik rumah tangga mereka?

Para Pelakon Melastik Ke Hatimu 2

Drama Melastik Ke Hatimu 2 Andi Bernadee,Janna Nick2

Andi Bernadee sebagai Ziyyad Nazhan
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19
Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28
Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40