eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Bapa tergamak sepak anak sulungnya depan orang ramai,Hanya sebab tolak adik

 


Sebut sahaja tentang kanak-kanak, pastinya kita sedia tahu akan perangai mereka yang sememangnya terlalu aktif dan sukar untuk dikawal.

Namun, itu bukanlah alasan bagi kita sebagai ibu bapa menaik tangan kepada mereka, lebih-lebih lagi apabila sehingga mencederakannya.

Mengambil iktibar dari kejadian di China, seorang bapa berusia 31 tahun tergamak menyepak anak lelakinya yang ketika itu sedang menari dengan rakannya. 


Menurut sumber, perlakuan itu berpunca akibat lelaki terbabit marah apabila anak sulungnya menolak dan menjatuhkan adiknya berusia dua tahun.

Susulan insiden, kanak-kanak itu mengalami kecederaan ringan di bahagian mulut akibat daripada tendangan kuat si bapa sehingga di tersembam ke lantai.

Walau bagaimanapun, media melaporkan suspek (bapa) telah dikenakan hukuman undang-undang .