Sebelum ini, pernah tular beberapa hantaran memaparkan seorang usahawan kosmetik, Siti Rohayu atau dikenali Ayu menjaga suaminya kerana lumpuh akibat kemalangan jalan raya.
Lebih menyentuh hati, apabila usahawan wanita itu mendedahkan suaminya, Muhammad Ridhwan Mohd Zaki hampir hilang ingatan, namun dia tidak pernah berputus asa menjaga demi melihat lelaki itu sembuh seperti sediakala.
Bagaimanapun, terdapat hantaran menyedihkan apabila usahawan itu memberi bayangan dia dan suami akan berpisah tidak lama lagi.
Bahkan, dia dikenali Ayu dilihat memuat naik hantaran bergambar di hadapan Mahkamah Rendah Syariah pada 11 Oktober lalu. Perkongsian gambar itu dipercayai dia sedang dalam proses penceraian setelah sekian lama menjaga suaminya yang tidak berdaya menguruskan diri sendiri sejak kemalangan.
“Ya Allah.. Semoga keputusan yang ku buat hari ini, adalah yang terbaik untuk semua orang, termaksud untuk diriku dan anak-anak. Sekuat mana pun sayang kita pada seseorang, kalau Allah kata dia bukan jodoh kita. Maka bukan lah,”tulisnya.
Terbaharu, Ayu dilihat membuat hantaran di laman Facebook memaparkan dia hadir bersama suami di Mahkamah Syariah bagi urusan perpisahan itu.
Malah, dalam video itu kelihatan dia menangis sejurus masuk ke dalam kereta.
“Selamat tinggal Aby. Ummi buat keputusan dengan rela hati. Mungkin ini yang terbaik untuk saya dan suami supaya tiada pergaduhan mana-mana pihak dan bawa haluan masing-masing.
sumber:Siti Rohayu