eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Isteri Cabar Suami Jadi ‘Ibu Mengandung’ Guna Tembikai Bikin Ramai Terhibur "Penat Sampai Berpeluh"

 


Menjadi ibu hamil bukanlah satu perkara yang mudah, bukan sahaja membawa satu lagi nyawa di dalam badan, malah mereka juga terbatas untuk melakukan sesetengah perkara dan membuatkan mereka cepat penat jika melakukan sebarang aktiviti.

Contohnya seperti memakai kasut ketika sedang sarat, tidur meniarap dan sebagainya. Pastinya, pengorbanan mereka tidak ternilai dengan apa pun.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu m mencabar suaminya untuk merasa menjadi ibu mengandung telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amyyusuff, dapat kita lihat buah tembikai diletakkan pada perut suaminya dan dibalut dengan bantuan anak-anak.
@amyyusuff baru dia tahuuu🤭😌🤣ni baru sekejap.. sikit je.. belum lagi kaki cramp lenguh semua, 9 bulan, suami please sayangi isteri anda ❤️ #watermelonpregnancy #bumil #fyp #pregnancy #hamil #watermelonchallenge #watermelonpregnancychallenge #malaysia ♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) - LEOPARD

Sebaik saja memakainya, si isteri terus menyuruh suaminya melakukan perkara-perkara yang selalu dilakukannya seperti duduk dan bangun, memakai stokin dan baring.

Namun apa yang lebih meraih tumpuan adalah lelaki tersebut akui perkara itu sememangnya tidak mudah bahkan dia kelihatan penat serta berpeluh melakukannya.

Sumber:@amyyusuff