eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Lelaki Sebak Tengok Pak Cik Guard Hanya Makan Maggi Ketika Rehat “Anak2 tak tahu”

 


Seorang insan bergelar bapa sanggup berjuang apa sahaja buat keluarga tercintanya. Selain berhempas pulas mencari rezeki yang halal, dia juga akan lakukan apa yang termampu untuk melihat isteri dan anak-anaknya bahagia.

Walaupun mempunyai masalah dari segi wang ringgit, bapa tidak akan membiarkan anak mereka merasa kekurangan apatah lagi jika melibatkan kasih sayang.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki terserempak dengan seorang pengawal keselamatan di ruangan rehat mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat pengawal keselamatan yang agak berusia itu sedang menikmati makanan tengaharinya.
@maruvissv Maggie sdh ckup bagi dia,untuk anak2 kena bagi makan yg sedap2 itu lh pergorbanan bapa yg kita tidak tahu#fyp ♬ Hanya Rindu - Andmesh

Selalunya kita lihat pada waktu tengahari pasti ramai yang menikmati sebungkus nasi berlauk tapi bagi pak cik ini, lain pula.

Mungkin mengalami kesempitan kewangan atau tidak mahu menyusahkan keluarga untuk menyediakan bekal, dia hanya mampu menikmati semangkuk Maggi.

Melihat situasi tersebut, lelaki ini akui sebak sekaligus teringat pengorbanan bapa yang sememangnya tidak diketahui oleh anak-anak dan isteri.

sumber:@maruvissv