eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Telemovie Sadaqallahul’azim

  

Telemovie Sadaqallahul’azim2

Tonton telefilem khas sempena Maulidur Rasul bertajuk 'Sadaqallahul’azim' dilakonkan oleh Ungku Hariz, Husna Mustaffa dan ramai lagi pada Ahad, 9 Oktober 2022, jam 9.00 malam di TV AlHijrah, ataupun tonton secara streaming di Alhijrah Plus.

Judul: Sadaqallahul’azim
Waktu Siaran: Ahad, 9 Oktober 2022, 9:00 malam
Rangkaian: TV AlHijrah
Pengarah: Dato Jurey Latiff Rosli
Produksi: World Evolution Brain
Pelakon: Ungku Hariz, Husna Mustaffa, Anna Dahlia, Zaidi Omar, Razak Ahmad, Ezlynn Arifin

Sinopsis Sadaqallahul’azim

Mengisahkan tentang Solihin, seorang peguam yang dikenali ramai kerana banyak terlibat dengan pembelaan kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan tokoh-tokoh kenamaan. Namun jauh di sudut hati, Solihin sedar bahawa kemasyhuran dunia tidak memberikan apa- apa jaminan. Hatinya kosong serta berasa kerdil kerana dia tidak tahu membaca Al- Quran. Solihin berbelah bahagi antara populariti dan tuntutan agama. Dia malu untuk belajar mengaji kerana takut popularitinya terjejas. 

Perkenalan dengan Iffah membuatkan Solihin berazam untuk memperbaiki kelemahan diri yang tidak tahu mengaji. Adakah dia benar-benar ikhlas untuk berubah ataupun semata-mata hanya untuk memenangi hati Iffah?