eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

All Together Now Malaysia Musim 2 -Juri dan peserta

 


All Together Now Malaysia (ATNM) telah memasuki musim kedua dimana akan temui penonton secara eksklusif bermula 11 Disember 2022 di saluran Astro Ria 104.

ATNM2 merupakan sebuah program nyanyian popular Malaysia yang diinspirasikan berdasarkan format asal All Together Now terbitan BBC One dari United Kingdom yang mula bersiaran sekitar tahun 2018 lagi.

Untuk musim pertama, Idris Brown telah dinobatkan sebagai Juara All Together Now Malaysia selepas berjaya mengalahkan 17 peserta akhir yang lain sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.

Senarai Juri All Together Now Malaysia 2

Dalam barisan juri akan ada seorang Kapten yang akan menjadi ketua kepada kesemua 49 lagi juri. Dia juga akan mengawal keadaan dan memilih jika ada peserta yang memperoleh markah yang sama. Manakala Sherry Al Hadad bertindak sebagai pengacara untuk program ini.



Untuk musim pertama, Dato AC Mizal telah dilantik menjadi Kapten. Tapi untuk musim kedua, Datuk Syafinaz pula bakal menggalas tanggungjawab tersebut. Berikut merupakan senarai 50 juri All Together Now Malaysia 2 (ATNM2):

Datuk Syafinaz Selamat (Kapten)
Ajai
Datuk Aznil Hj. Nawawi
Ernie Zakri
Elly Mazlein
Reshmonu
Jaclyn Victor
Rozita Che Wan
Khai Bahar
Joey Daud
Siti Nordiana
Ifa Raziah
Nikki Palikat
Maryam
Shila Amzah
Yaya Zahir
Tomok
Sophia Liana
Izzue Islam
AG Coco
Amir Masdi
Aisha Retno
Danial Chuer
Catriana Ross
Ayie Elham
Ara Johari
Liza Hanim
Afeeq
Bunga
Soo Wincci
Vince Chong
Danial Zaini
Hafiz Hamidun
Kelly Azman
Widy Hamzah
Keanu Azman
Falyq Hikyle
Thanuja
Suresh
Hafida Samad
Shashic
Isha Norisham
Sherry Ibrahim
DJ Ram
Ali Sariah
Wany Hasrita
Marsha Milan
Adeline Tsen
Sissy Imann
Edrie Hashim

Waktu Bersiaran All Together Now Malaysia 2

All Together Now Malaysia 2 akan bersiaran selama 10 minggu mulai 11 Disember 2022, setiap hari Ahad pada pukul 9.00 Malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara On Demand dan Astro Go untuk waktu yang lebih fleksibel.