eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Mechamato Movie

 


Filem animasi superhero tempatan, Mechamato Movie terbitan bersama MONSTA dan Astro Shaw akan ditayangkan serentak pada 8 Disember ini di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Filem ini mengisahkan Amato iaitu bapa kepada BoBoiBoy, secara tidak sengaja bertemu MechaBot sebuah ‘Power Sphera’ yang berkebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain. Keadaan menjadi lebih genting, apabila Mechamato bakal berhadapan dengan alien jahat bernama Grakakus, yang ingin merampas MechaBot dari tangan Amato. Apakah muslihat yang dirancang oleh Grakakus? Mampukah adiwira baharu Mechamato menghalang ancaman Grakakus?

Mechamato Movie berlatarkan sebuah bandar fiksyen yang diinspirasikan dari Bandar Hilir di Melaka. Ia juga menampilkan keunikan budaya Malaysia seperti silat, budaya peranakan dan makanan tempatan yang digabungkan dengan elemen futuristik seperti robot dan kapal angkasa.

JUDUL : Mechamato Movie
Genre: Animasi / Superhero
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2022
Pengarah: Nizam Abd Razak
Produksi: Monsta & Astro Shaw
Pelakon Suara: Armand Ezra, Adzlan Nazir, Ielham Iskandar, Marissa Balqis
Lagu Tema: Temaniku - Yonnyboii

Sinopsis Mechamato Movie

Apabila sebuah kapal angkasa misteri terhempas di Bumi, seorang pemuda bernama Amato bertemu dengan robot berkuasa yang bergelar MechaBot. Dengan mengakali MechaBot dan menjadi tuannya, Amato kini boleh menggunakan kuasa unik MechaBot yang membolehkannya untuk Mechanize objek-objek biasa menjadi peralatan yang canggih. Tetapi tanpa pengetahuan mereka, MechaBot sedang diburu oleh alien sibernetik bergelar Grakakus.

Promo Mechamato Movie