eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Movie Zaara Lakonan AC Mizal, Kamal Adli

 


 Filem Zaara arahan Roy akan tayang di pawagam bermula 29 December 2022. Filem seram komedi ini dibintangi oleh Kamal Adli, Atikah Suhaime, AC Mizal, Arin Raja Lawak, Syaiful Zero, Rykarl Iskandar, Adam Shahz serta Azlan Komeng.

JUDUL : Zaara
Genre: Seram, Thriller
Tarikh Tayangan: 29 Disember 2022
Penulis Skrip: Epy Kodiang
Pengarah: Roy
Produksi: JROI Global Film Sdn Bhd & Redfiress Film Production
Pelakon: AC Mizal, Kamal Adli, Atikah Suhaimie, Syaiful Zero, Azlan Komeng, Wang Gegau, Ain Awok, Azlee Senario, Adam Shahz, Aril RL

Sinopsis Zaara Bukan Nama Aku
Remy seorang anak muda linkungan 20 yang kacak dan kelakar orangnya, seorang yang gemar dalam perlumbaan kereta dan mempunyai keluarga dan kawan yang penyayang. Tetapi mempunyai satu masalah yang sangat pelik iaitu dia seorang yang penakut pada hantu. Ketakutannya pada hantu sangat kritikal, sehingga tidak boleh keluar pada waktu malam. Dia juga sering tidur bersama mak dan ayahnya kerana terlalu takut hantu.

Kisah bermula apabila Remy terjumpa Maya pada suatu hari di sebuah autoshow kereta dan Remy mula jatuh cinta pandang pertama. Maya dan Budi sudah mengenali antara satu sama lain, Remy meminta bantuan Budi untuk kenalkan Maya dengannya. Akhirnya dengan bantuan Budi, Remy berjaya berkenalan dengan Maya. Budi terpaksa rasiakan masalah Remy daripada Maya kerana Remy takut untuk keluar pada waktu malam, hal itu menyebabkan berlaku masalah pada Remy yang malu untuk menceritakan masalahnya pada Maya.

Promo Movie Zaara