eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Didi & Friends The Movie

 


Setelah 12 tahun, sebuah francais media belajar sambil berhibur terkemuka di Malaysia, Didi & Friends kini mengorak langkah kehadapan apabila bakal muncul dengan filem pertama mereka Didi & Friends The Movie yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 23 Februari ini. 

Filem pengembaraan animasi muzikal ini diterbitkan oleh Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) tampil berbeza dan menjanjikan animasi yang bukan sahaja menarik minat kanak-kanak tetapi juga penonton dewasa.

Didi & Friends The Movie juga mencatat sejarah apabila menjadi filem animasi pertama di Malaysia yang menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dalam pembikinan lagu & muzik latar orkestra dalam filem ini. Sebanyak 6 lagu telah dirakamkan bersama MPO/DFP yang bertajuk Hora Horey, Manet, Torra, Percaya, Percaya Reprise termasuk Hora Horey Instrumental yang menjanjikan kepuasan halwa telinga buat penonton nanti

Bertambah menarik, beberapa watak baru telah diperkenalkan yang penampilkan pelakon suara daripada selebrititerkemuka tanah airseperti Dato’ Awie sebagai Tok Chip, Amelia Henderson sebagai Kapten Zoey, Waris sebagai Torra dan Ruminah Sidek sebagai Nek Kura di samping barisan pelakon suara watak asal Didi, Nana, Jojo, Pak Atan, Pak Beruang dan lain-lain.

Didi & Friends The Movie juga mendapat sentuhan hebat daripada Saiful Ridzuan atau Duan selaku Pengarah Muzik, yang terdahulunya menjadi Pengarah Muzik Olabola dan Puteri Gunung Ledang Muzikal telah menerajui rakaman tersebut termasuk dua lagu lain iaitu Irama dan Lagu dan Kapten Zee & Crew.

Sebanyak 11 lagu telah dimuatkan dalam filem ini, termasuk sebuah lagu yang bertajuk Luar Biasa dinyanyikan dan digubah oleh penyanyi terkemuka Hael Husaini. Turut dimuatkan lagu Kembali Bersama yang dinyanyikan oleh kumpulan Modescape dan digubah oleh Shah, anggota kumpulan tersebut.”

Didi & Friends The Movie bermula apabila keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraannya dan tinggal di Pekan Horey bersama rakan-rakannya yang lain. Pak Atan & Pak Beruang terpaksa pergi ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit. Didi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Dunia Muzika seorang diri. Tetapi Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi untuk pergi sendiri dan kemudian mereka juga menyertainya. Berbagai cabaran menanti mereka di dalam Dunia Muzika, termasuk bahaya besar berdepan dengan lanun langit yang menakutkan bernama Torra. Siapakah Torra? Apakah penyakit yang dihadapi oleh Pak Beruang? Dapatkah Didi, Nana dan Jojo mendapatkan penawar tersebut? Jawapannya di pawagam pada 23 Februari 2023.

Didi & Friends The Movie
Genre : Flem Musikal, 3D Animasi, Pengembaraan
Tarikh Tayangan di Pawagam : 23 Februari 2023
Pengarah : Akmal Aziz Asmawi,Roshfaizal Ariffin
Skrip : Sumie Azil, Roshfaizal Ariffin, Akmal Aziz
Cerita Asal : Khairul Ammar Jamal
Lakon Layar : Sumie Azil, Roshfaizal Ariffin
Penerbit : Raja Jastina Raja Arshad, Hairul Sofian
Terbitan : Warnakala Studios, Astro Shaw, Digital Durian, MDeC

Pelakon Suara:  
Nur Insyeerah sebagai Didi
Adilia Myra sebagai Nana
Adam Muqri sebagai Jojo
Dato’ Awie sebagai Tok Chip
W.A.R.I.S sebagai Torra
Amelia Henderson sebagai Kapten Zee
Ruminah Sidek sebagai Nek Kura
Khairul Ammar Jamal sebagai Pak Atan
Akmal Aziz Asmawi sebagai Pak Beruang

Lagu Tema (Official Soundtrack)

Lagu : Hora Horey
Artis : Nur Insyeerah | AdamMuqri | Adilia Myra | Voice Actors Didi & Friends
Komposer : Yuri Wong / Saiful Ridzuan

Lagu : Luar Biasa
Artis : Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini

Lagu : Kembali Bersama
Artis : Modescape
Komposer : Shah Modescape

Sinopsis Didi & Friends The Movie

Didi, Nana dan Jojo adalah tiga sekawan rapat dari Pekan Horey yang aman damai. Semua penduduk pekan mengenali mereka yang sukar dipisahkan dan sentiasa bersama! Tahun ini, Pak Atan dan orang-orang besar pekan bersetuju melantik mereka bertiga untuk mengendalikan Konsert Hora Horey. Didi sangat teruja dan menjalankan tugasnya sebagai ketua dengan serius. Semuanya berjalan lancar, hinggalah pada suatu hari Didi melakukan kesilapan besar dan menyebabkan Pak Atan dan Pak Beruang perlu mengembara ke Pulau Legenda di Muzika untuk membetulkan keadaan. Akan tetapi Didi dapat tahu bahawa Pak Atan dan Pak Beruang dalam bahaya kerana ada lanun langit misteri bernama Torra yang sedang menjejaki mereka untuk mendapatkan peta ke Pulau Legenda. Didi nekad untuk ke Muzika demi memberi amaran kepada mereka. Nana dan Jojo turut serta. Bagaimanakah Didi, Nana dan Jojo akan menemui Pak Atan, Pak Beruang dan Pulau Legenda? Apakah ujian yang bakal menimpa persahabatan mereka? Dan yang paling penting sekali, mampukah mereka menghadapi Torra si lanun bengis itu?

Promo Didi & Friends The Movie