eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Kerasnya Takdir Lakonan Amyra Rosli, Redza Rosli

 


Tonton drama Kerasnya Takdir Full Episod adaptasi daripada novel karya Haitun Kamarazaman akan mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod terbitan Creative Skill Solution dan diarahkan oleh Emi Suffian. Menampilkan pelakon seperti Amyra Rosli, Redza Rosli, Kartina Aziz, Azlee Khairi, Rita Rudaini dan ramai lagi.

JUDUL : Kerasnya Takdir
Tonton Full Episod: 1-28
Tarikh Tayangan: 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat,7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Emi Suffian
Produksi: Creative Skill Solution
Pelakon: Amyra Rosli, Redza Rosli, Kartina Aziz, Halim Radzi, Mia Nasir, Azlee Khairi, Rita Rudaini, Husna Mustaffa, Zarynn Min

Watak Pelakon 
Amyra Rosli sebagai Jeha
Redza Rosli sebagai Syed Munir
Kartina Aziz sebagai Syarifah Aminah
Mia Nasir sebagai Syarifah Emelia

Sinopsis Kerasnya Takdir

Mengisahkan Jeha yang berkahwin dengan Syed Munir, anak Syarifah Aminah yang dikatakan berasal daripada golongan bangsawan di Bukit Betong. Perkahwinan mereka tidak direstui oleh Syarifah Aminah. Syarifah Mastura, kakak Syed Munir juga turut membenci Jeha kerana ‘orang yang tidak diketahui asal-usulnya’. Mereka dikurniakan seorang anak, Syarifah Saleha.

Takdir Tuhan, Syed Munir tiba-tiba lumpuh dan Jeha terpaksa bekerja. Segala-galanya kini di bawah tanggungjawab Jeha. Mencari nafkah, menguruskan suami dan anak serta hal ehwal rumah tangga.

Selain itu, Jeha mengupah Haryanto, seorang pekerja Indonesia untuk menoreh getah di kebun kecil miliknya. Hasilnya dapat juga menampung keperluan harian mereka sekeluarga.

Konflik timbul apabila majikannya, Encik Farouk yang pernah menaruh hati pada Jeha, mula menabur fitnah terhadap mereka berdua. Kemuncak konflik berlaku apabila Jeha terpisah daripada suami dan anaknya sehingga dia dikatakan telah menjadi gila.

Apakah fitnah yang tersebar dan mengapa Jeha boleh terpisah daripada suami dan anaknya? Apa pula yang terjadi kepada Haryanto, Syarifah Aminah dan Syarifah Saleha?


Para Pelakon Kerasnya Takdir