eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Movie Escape (2023)

 


Tonton Escape merupakan filem bergenre 'cerebral thriller' terbitan Dreamland Productions, diarahkan oleh Ikhwansha Hazer dan menampilkan lakonan Kamal Adli dan Elizabeth Tan. Filem Escape tayang di pawagam bermula 5 Januari 2023.

JUDUL Filem : Escape
Genre: Cerebral thriller
Tarikh Tayangan: 5 Januari 2023
Skrip: Ikhwansha Hazer
Pengarah: Ikhwansha Hazer
Produksi: Dreamland Productions
Pelakon: Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisham, Jalaluddin Hassan, Riz Amin, Jue Aziz, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa

Sinopsis Escape

Mengisahkan Adam yang dikurung oleh pihak berkuasa di dalam sebuah bilik misteri kerana dituduh sebagai seorang pengganas. Adam akan dibebaskan hanya jika beliau memberikan lokasi cip peranti senjata yang telah diseludupnya sebelum ini.

Namun yang menjadi masalah sekarang, Adam tidak mampu untuk mengingati apa-apa kerana mengalami Amnesia. Keadaan bertambah rumit apabila beliau mula menyedari bahawa orang yang mengurungnya bukan pihak berkuasa yang sebenar. Mereka adalah kumpulan pengganas yang mahukan lokasi cip senjata tersebut untuk melancarkan agenda jahat mereka.

Masa semakin suntuk, keselamatan dunia semakin terancam, Adam harus membebaskan dirinya sebelum terkubur di dalam bilik misteri itu buat selama-lamanya.

Promo Filem Escape