eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gempak Most Wanted Awards 2022 -Senarai Pemenang

 


Gempak Most Wanted Award 2022 hampir tiba. Korang nak tengok selebriti favorite korang di Gempak Most Wanted Award 2022 pada 26 Februari 2023 ini di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada jam 8:30 malam? Caranya jawab 2 soalan di bawah ini serta lengkapkan slogan yang paling kreatif untuk memenangi tiket ke acara Gempak Most Wanted Award 2022!

Anugerah Gempak Most Wanted 2022 kembali lagi dengan 9 Kategori dimana peminat boleh mengundi selebriti, influencer, pesonaliti dan content gempak menerusi laman sesawang Gempak. Antara kategori menarik yang dipertandingkan adalah Selebriti Digital Tergempak, Digital Content Creater Tergempak dan juga Digital Influencer Tergempak.

Langkah Mudah Untuk Mengundi Calon Top 5 Gempak Most Wanted 2022

Sekiranya korang ini membuat undian untuk Gempak Most Wanted, ianya boleh dilakukan secara online menerusi laman sesawang gempak di Gempak Most Wanted 2022 (astro.com.my). Selepas itu, log masuk ke akaun menggunakan Astro ID, Facebook atau Google korang. Seterusnya korang boleh mengundi selebriti, personaliti, influencer atau content tergempak yang diminati.

Diingatkan, korang mempunyai 5 kredit sehari untuk mengundi setiap kategori yang dipertandingkan dan undian akan dibuka bermula isnin hingga selasa minggu seterusnya.