eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Main Lato-Lato Sampai Pecah Cermin Kereta Orang, Lari Tak Nak Tanggungjawab!

 


Permainan lato-lato kini kembali menjadi fenomena. Manakan tidak, ramai yang bermain lato-lato tidak mengira tempat dan umur malah ada yang sehingga mengadakan pertandingan lato-lato.

Pun begitu, beberapa hari lalu pernah tular dimana permainan ini dapat mengundang bahaya kepada pemain itu sendiri seperti bebola tersebut terlepas daripada tali dan terkena di bahagian muka bahkan ada yang sehingga timbul benjol dikepala.

Terbaru, tular di laman Facebook dimana cermin sebuah kereta pecah dipercayai terkena permainan lato-lato mencuri perhatian ramai.


Insiden itu terjadi setelah seorang individu yang dikenali sebagai Tiniey Zatiey meninggalkan keretanya di lot parkir sekitar kawasan Guar Chempedak, Kedah.

“Harap sesiapa yang buat, tolong bertanggungjawab. Bagi anak main lato-lato sampai kena cermin kereta aku dan lepas tu lari tinggal.”


“Aku dah tengok rakaman litar tertutup (CCTV), harap siapa yang buat sila bertanggungjawab.”

“Main… lepas itu kena cermin kereta aku pecah, habis lari macam itu saja. Lato-lato warna putih ada tinggal di kereta aku.”



“Kepada ibu ayah yang bagi anak main sampai pecah kereta aku, sila bertanggungjawab. Kejadian depan Tealive (Kompleks Perniagaan) Guar Utama Longwan,” katanya dalam hantaran tersebut.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berang dengan segelintir individu yang langsung tidak bertanggungjawab setelah merosakkan harta benda orang lain.

“Permainan lato-lato bukan bahaya ke, gigi kawan saya patah main bola lato-lato, tu dia macam batu main pusing-pusing.”- Netizen