eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Menari Sambil Nyanyi Lagu ‘Birthday’ Untuk Rakan Melayu, Aksi Murid Cina Ini Cuit Hati Ramai! “Crush ke tu..”

 


Seperti yang kita sedia maklum, terdapat ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Hal ini demikian kerana mereka mahukan anak-anak mereka berpeluang untuk belajar bahasa baharu dan fasih berbual dalam bahasa Cina.

Walaupun berlainan kaum, murid-murid tetap seronok berjumpa dengan kawan baharu, boleh bergaul dan bergurau senda antara satu sama lain.

Sama seperti kisah yang tular di laman  baru-baru ini di mana seorang murid Cina sedang asyik menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Ulangtahun’ kepada rakan sekelasnya yang berbangsa Melayu telah mencuit hati orang ramai.


Dia nyanyi lagu birthday, kasi kawan Melayunya,” tulis perakam video di ruangan kapsyen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @eldenchan17 itu, dapat dilihat murid Cina itu menyanyikan lagu tersebut dalam bahasa Mandarin sambil rancak menari ke arah rakan Melayunya itu.

Apa yang membuatkan orang ramai geli hati melihat video ini adalah apabila murid Cina itu dengan penuh semangat menari sambil menyanyikan lagu tersebut sehingga ianya kelihatan seperti satu persembahan buat rakannya itu.




rata-rata warganet terhibur melihat telatah murid-murid tersebut dan berseloroh mengenai kisah lucu berkenaan.

Manakala ada juga individu yang teringat iklan Petronas yang pernah popular suatu ketika dahulu yang memaparkan murid berbangsa Cina ada ‘crush’ dengan murid Melayu.