Seperti yang semua sedia tahu, masyarakat Melayu di Malaysia rata-ratanya memang gemar makan menggunakan tangan.
Bukan setakat sudah diajar sejak kecil, tetapi bagi sesetengah individu, makan menggunakan tangan lebih nikmat berbanding sudu dan garfu.
Namun, budaya berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipelajari buat kaum bukan Melayu. Lagi-lagi orang putih dari luar negara.
Ini kerana budaya mat saleh yang sering makan menggunakan set kutleri. Jadi, tak hairanlah kalau mereka mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri di sini.
Persis momen yang sempat dirakam oleh pengguna TikTok Wan Aja, memaparkan sekumpulan pelancong berkulit putih sedaya upaya makan dengan tangan.
Bagaimanapun, gelagat mereka mencuit hati ramai! Menerusi video yang dikongsikan, mereka semua telah berkunjung ke sebuah restoran untuk menikmati nasi bungkus.
Disebabkan mereka ditemani oleh orang Melayu kita, mereka diajar untuk jamah menggunakan tangan. Pelbagai gaya tangan yang keluar sementara menyuap makanan ke dalam mulut.
Tak dapat dinafikan, memang hampir kesemua mat saleh berkenaan kelihatan kekok.
Yang lebih kelakar, salah seorang daripada mereka menyedut nasi sehingga tertumpah-tumpah walaupun sudah banyak kali ditunjukkan ‘tutorial‘ oleh rakan mat saleh yang lain.
Pun begitu, usahanya dalam mendekati budaya orang Malaysia harus dipuji meskipun gagal berkali-kali.
Mungkin hanya tinggal dia sahaja lagi yang tidak pandai makan tangan sehinggakan ramai kawan-kawannya yang membantunya.
Sejak video kejadian yang berlaku di Terengganu ini dimuat naik, jumlah tontonannya telah berjaya mencecah sehingga 1.2 juta serta meraih 115.6 ribu likes!
kredit:@wanaja5@wanaja5 Bile mu dh pandai mkn ngn tngn & nk ajr mmber lain mkn ngn tngn lak 🤣🤣🤣
♬ Funny - Gold-Tiger