eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Liar Two sides, One Truth (Malaysia)

 


Nantikan drama premium Astro Originals, 'LIAR' sebuah adaptasi antarabangsa daripada calon siri thriller terbaik di BAFTA Awards dan British Screenwriters’ Award. Liar diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Double Vision dan All3Media Internasional. Siri asal Liar merupakan terbitan Two Brothers Pictures untuk ITV dan Sundance TV pada tahun 2017. 

Liar mengangkat genre thriller yang meneroka tema stereotaip jantina, kekeluargaan serta penipuan. Mengisahkan tentang dua insan yang bertemu dalam sebuah temu janji, namun semuanya berubah di luar jangkaan pada hari keesokannya. Seorang telah memperdaya, manakala seorang lagi diperdaya. Kerana kuasa, penipuan mampu memadamkan kebenaran.   

Liar membariskan barisan pelakon seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts. Manakala, pengarah Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.

Drama Liar akan ditayangkan bermula 25 Mac 2023, setiap Sabtu, bermula jam 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go. Manakala bermula 3 April 2023, setiap Isnin, jam 9.00 malam di Astro Ria. 

Judul : Liar - Two sides, One Truth
Tonton Full Episod: 1-12
Tayangan di Astro Go: 25 Mac 2023, setiap Sabtu
Tarikh Tayangan di Astro Ria: 3 April 2023, setiap Isnin, 9 malam
Skrip: Mayang Al-Mohdar, Chi-Ren Choong, Nik Naemah Nik Mahir, Amar Amir, Honey Ahmad
Pengarah: Jason Chong, Imri Nasution, Lim Siu Min
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd
Produksi: Double Vision Sdn Bhd

Watak Pelakon
Tiz Zaqyah sebagai Lara Sulaiman
Tony Eusoff sebagai sebagai Dr. Aiman Yusuf
Ezzaty Abdullah sebagai Kat Sulaiman
Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Sulaiman Ibrahim
Wan Raja sebagai Fariz Jamil
Nadiya Nisaa sebagai Detektif Nissa Suffian
Atilia Haron sebagai Inspektor Rita Samsuddin
Nazrief Nazri sebagai Taufiq Radzlan
Haridhass Selvaraju sebagai Detektif Kumar Varatharaju
Naz Rahman sebagai Firdaus Harith
Nas-T sebagai Leftenan Eddie Hassan
Aniq Suhair sebagai Noah Aiman
Farah Ahmad sebagai Jehan Razali
Joyce Harn sebagai Winnie
Charles Roberts sebagai Koperal Jeya Kumar
Yuyun Hikmah sebagai Sofia
Nawal Sarah sebagai Yaya
Aidan Razeen sebagai Jo

Sinopsis Liar The Series
Mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan keluar janji temu dengan seorang pakar bedah yang baru kematian isteri, Aiman Yusuf. Mereka rasa amat selesa dengan kehadiran masing-masing.

Namun, selepas bertemu, mereka berdua mempunyai cerita berbeza daripada pengalaman temu janji mereka. Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang dengan selamat. 

Siapa yang bercakap benar? ‘Liar' menyaksikan penipuan yang boleh memusnahkan kehidupan Lara dan Aiman, serta rakan-rakan mahupun keluarga mereka apabila rahsia dan pembohongan terbongkar.

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19
Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28
Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40