eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pemenang Tonton Anugerah Drama Sangat 2023

 


Acara berprestij Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) bakal berlangsung pada 12 Mac 2023 (Ahad) bersiaran secara langsung dari Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pukul 9.00 malam di TV3 dengan menampilkan hos gandingan Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah.

Sebanyak 15 kategori dipertandingkan iaitu Drama Terbaik, Drama Popular, Drama Terbaik 8TV, Pengarah Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pelakon Antagonis Terbaik, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik, Drama Novel Adaptasi Terbaik, Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton. Lapan kategori melalui undian peminat dan selebihnya melalui penilaian juri professional.

Antara barisan artis tanah air yang akan menggalas tanggungjawab sebagai penyampai anugerah malam tersebut termasuk Ummi Nazeera, Nabila Huda, Meerqeen, Anna Jobling, Fasha Sandha, Datuk Rosyam Nor, Aniq Suhair, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi.

Acara malam kemuncak TADS itu bakal dimeriahkan dengan persembahan oleh Stacy, Mimi Fly, Liza Hanim, Misha Omar, Bella Astillah, Wani Kayrie, Ayda Jebat, Fyna Jebat, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Amir Masdi, Rahmad Mega, Zaki Yamani, Yamani Abdillah dan Hael Husaini.

Saksikan Tonton Anugerah Drama Sangat pada 12 Mac 2023 (Ahad) jam 9 malam di TV3. Bukan itu sahaja, anda juga boleh strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Info lanjut layari laman web www.xtra.com.my/tontonanugerahdramasangat

Senarai Pemenang Anugerah Drama Sangat 2023

Drama Terbaik
Suamiku Lelaki Pendosa (Global Station Sdn Bhd)

Pengarah Terbaik
Eyra Rahman (Suamiku Lelaki Pendosa)

Drama Popular
Bisik-Bisik Gelora (Global Station Sdn Bhd)

Pelakon Wanita Popular
Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)

Pelakon Lelaki Popular
Redza Rosli (Kekasih Hati Mr Bodyguard)

Oppa Pilihan Tonton
Cha Eun Woo (Trrue Beauty)

Pelakon Wanita Terbaik
Ummi Nazeera (Risik Pada Hati)

Pelakon Lelaki Terbaik
Dato' Aaron Aziz (Suamiku Lelaki Pendosa)

Drama 8TV Terbaik
My Dream My wish

OST Terbaik
Nafas Cinta - Aina Abdul (Kekasih Hati Mr Bodyguard)

Pasangan Drama Terbaik
Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)

Anugerah BBNU Tonton
Aniq Suhair (Tahyul)

Drama Adaptasi Novel Terbaik
Melur Untuk Firdaus (A-Ten Alliance)

Penulis Skrip Terbaik
Wan Mahani Wan Hassan & Maizura Mohd Ederis (Ayahanda)

Pelakon Antagonis Terbaik
Gambit Saifullah (Suamiku Lelaki Pendosa)