eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Quran Pondok Buruk Lakonan Rosyam Nor, Fauziah Nawi

 


Tonton telefilem raya 'Quran Pondok Buruk' arahan Rashid Sibir yang merupakan kesinambungan daripada telefilem Pondok Buruk 1 dan 2 bakal disiarkan pada 1 Syawal ini di Astro Ria pada pukul 10 pagi dan 8:30 malam.

Judul : Quran Pondok Buruk #Quranpondokburuk #telefilemquranpondokburuk
Waktu Siaran: 1 Syawal, 10:00 pagi / 8:30 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Rashid Sibir
Produksi: Opera Klasik
Pelakon: Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Raja Azura, Vanidah Imran, Jalaludin Hassan, Iman Zulkarnain

Sinopsis Quran Pondok Buruk
Kisah obsesi tiga adik-beradik yang derhaka, terdesak mahukan keampunan daripada ibu mereka yang telahpun meninggal dunia. 

Usop yang pernah berdosa kini berusaha untuk menjadi lebih baik namun diuji dengan perpecahan dan keluarganya kini melakukan dosa-dosa yang lebih kurang sama seperti masa lampaunya. 

Ujian berat ini menjadikan Usop hampir terkandas sehingga mengamuk dan membakar pondok buruk tempat dia bermunajat kerana marah pada tuhan. 

Kejadian itu hampir meragut nyawa isterinya, Som dan kembali membuat Usop sedar yang dia perlu terus berusaha untuk menyatukan kembali keluarganya dan membantu anak-anaknya kembali ke jalan yang benar.