eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Shuhada Isteri Hafidz Roshdi Dedah Kini Hamil 10 Minggu - "Hari Ni Menangis Seharian, Pengsan Di Hospital"

 


Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan dia sedang hamil cahaya mata ketiga dengan usia kandungan mencecah 10 minggu.

Perkara itu dikongsikan oleh Shuhada menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Shuhada berkata dia mengakui tidak kuat apatah lagi kemelut rumah tangganya belum lagi selesai.

Menurut Shuhada lagi, dia juga tidak dapat menahan air mata di mahkamah apabila menceritakan dirinya hamil 10 minggu.



“Air mata mengalir tak henti sewaktu ibu ceritakan pada mahkamah yang ibu tengah mengandung 10 minggu. Ibu dah cuba untuk kuat, sumpah demi Allah. Tapi ibu perlukan kekuatan dari sekeliling ibu.

“Ibu dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang ibu hadap sekarang. Ibu akan usaha sepenuh hati, kena kuat untuk terus jaga Humairah dan Umar termasuk adik baru,” tulisnya.


Kata Shuhada lagi, dia juga tidak boleh mengambil ubat untuk mengurangkan tekanan kerana bimbang akan memberi kesan pada bayinya.

“Halangan terbesar ibu sekarang, usia kandungan masih awal. Ibu tak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan. Ibu takut beri kesan kepada bayi dalam kandungan.

“Sekarang ibu kena berjuang tanpa ubat, tak mudah tapi ibu kena kuat untuk anak-anak. Hari ini seharian ibu menangis. Tadi kat hospital ibu jatuh pengsan. Doktor minta ibu buka puasa sebab tak cukup kuat dan boleh bahayakan kandungan.

“Ibu termenung serabut. Air mata tak henti-henti mengalir. Apa berlaku ni, ibu terima. Walaupun ibu dihina, dimaki, dikhianati, ditipu, dikasari dan kena hadap segala perjalanan dan dugaan yang ada ni,” katanya.