eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wanita Bersuamikan Anak Patung,Dakwa Sedang Hamil ‘Anak’ Kedua

 


Bersuamikan Anak Patung, Wanita Dakwa Sedang Hamil ‘Anak’ Kedua

Seorang wanita yang bersuamikan anak patung, mendakwa dirinya kini hamil anak kedua menerusi perkahwinan tersebut.

Meirivone Rocha Moraes, 37, yang berasal dari Brazil itu berkongsi khabar gembira itu ketika dia memuat naik keputusan positif alat ujian kehamilan kendiri menerusi akaun TikToknya.

Menurut Moraes, dia berharap kehamilan itu dapat memulihkan hubungan percintaan mereka selepas ‘suaminya’ didapati curang sebelum ini.

‘Pasangan’ itu sudah pun memiliki anak lelaki dan berharap bakal menimang cahaya mata perempuan kali ini.

Berkongsi video tersebut di platform media sosial, Moraes berkata bahawa mereka berdua gembira untuk menimang ‘seorang lagi cahaya mata.’

”Kami memang mahukan seorang cahaya mata lagi, Marcelo (nama suaminya) asyik bertanya bila kita akan menimang cahaya mata lagi. Saya mejawab, tidak lama lagi.

“Sebelum ini, saya pernah merasa loya. Jadi saya ambil keputusan untuk buat ujian kehamilan, tetapi keputusannya adalah negatif.

“Walau bagaimanapun, rasa loya kembali semula tak lama kemudian. Jadi, saya pun membeli ujian kehamilan kendiri di farmasi berdekatan dan keputusannya adalah positif.”

Wanita tersebut berkata, mereka lebih mengharapkan kehadiran ‘puteri kecil’ dalam keluarga mereka tetapi kasih sayang mereka tetap sama jika zuriat yang bakal ditimang adalah lelaki.



Keadaan ‘rumah tangga’ Moraes dan Marcelo yang kurang stabil
Berhubung pergolakan rumah tangga yang melanda pasangan terbabit, Moraes berkata bahawa hubungan mereka tidak sama seperti dahulu.

“Sejak dapat tahu dia curang di belakang saya, kami dapat rasakan hubugan kami semakin renggang.”

Dalam pada itu, wanita asal Brazil itu berharap agar penambahan ahli keluarga baharu ini dapat memperbaiki hubungan mereka serta menyelamatkan rumah tangga itu.

Kisah percintaan unik antara manusia dan anak patung, Marcelo bermula apabila ibu Moraes membuat satu anak patung buat anaknya. Ibunya berbuat demikian kerana Morae sering merungut mengenai status kehidupannya yang masih bujang.

Katanya, dia mula jatuh cinta dan mengandungkan anak mereka berdua. Perkahwinan mereka berdua pula disaksikan oleh 250 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Ketika ibu saya memperkenalkan Marcelo kepada saya, saya terus jatuh cinta kepadanya. Ia merupakan cinta pandang pertama.”

Semasa mengandungkan ‘anak’ pertama, Moraes mendakwa berat badan meningkat sebanyak 4 paun (1.81437 kilogram).

Bukan itu sahaja, sesi kelahiran ‘anak pertamanya’ di rumah telah disiarkan secara langsung di media sosial dan ditonton kira-kira 200 pengguna.



sumber: Express UK