eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Adnan Runner (Tv3)

 


Tonton Full Adnan Runner merupakan sebuah drama yang diinspirasikan daripada filem Adnan Sempit terbitan MIG Production Sdn Bhd. Drama komedi 13 episod ini bakal menghiburkan penonton menerusi slot Lestary mulai 11 Mei 2023, setiap Khamis hingga Sabtu pada jam 9.00 malam 

Judul : Adnan Runner #adnanrunner
Tonton Full Episod: 1-13
Tarikh Tayangan: 11 Mei 2023
Waktu Siaran: Khamis - Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Pengarah: Azmi Hatta
Produksi: MIG Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Imran Aqil sebagai Adnan
Bella Dowanna sebagai Nadia
Wanns Ahmad sebagai Bobby
Eleen Arisha sebagai Wawa
Kazar Saisi sebagai Tuan Jenal
Elmy Moin sebagai Madi
Razdan Shamsudin sebagai Syaki

Sinopsis Adnan Runner
Mengisahkan Adnan (Imran Aqil) yang bekerja sebagai despatch terpaksa menukar kerjayanya setelah syarikat tempatnya bekerja terpaksa ditutup kerana mengalami masalah kewangan. Adnan mula berasa buntu dan bosan duduk di rumah. Adnan yang tinggal bersama rakan baiknya Bobby (Wanns Ahmad), cuba untuk mencari dan memulakan pekerjaan baharu. Namun, pekerjaan yang dilakukan dirasakan tidak sesuai dengan jiwanya yang selama ini sering bekerja dengan menunggang motor di jalan raya.

Adnan dan Bobby akhirnya mengambil peluang bekerja sebagai runner sambilan memandangkan Adnan sememangnya seorang yang aktif meluncur di jalan raya dengan motornya.  Adnan sangat komited dengan kerjaya baharunya. Dia tabah diduga dengan pelbagai situasi apabila berhadapan dengan peniaga dan pelanggan yang mempunyai pelbagai kerenah. Keikhlasan Adnan dalam menjalankan tugasnya, berjaya mengatasi segala situasi yang dihadapinya termasuklah sindiket pengedaran dadah terancang yang ingin memerangkap Adnan sebagai keldai dadah. Bagaimanakah Adnan melepaskan diri daripada perangkap penjenayah yang licik itu?