eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Telefilem Yek Icin Mahak Lakonan Ummi Nazeera, Jay Iswazir

 


Tonton telefilem khas sempena hari guru bertajuk 'Yek Icin Mahak' disiarkan pada 27 Mei ini, pukul 9.00 malam di TV1.

Judu: Yek Icin Mahak #yekicinmahak
Waktu Siaran: Sabtu, 27 Mei 2022, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 slot Panggung RTM
Pengarah: - 
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
Pelakon: Ummi Nazeera, Jay Iswazir, Hasnul Rahmat, Farah Ahmad, Zalfa Zin, Syed Irfan, Hadi Putra, Fauziah Nawi

Sinopsis Yek Icin Mahak

Kisahnya bermula dengan Cikgu Aisyah yang baru menerima surat penempatan ditugaskan mengajar di sekolah perkampungan Orang Asli di Kelantan.

Meskipun pada mulanya agak terkejut dan memikirkan banyak perkara untuk menerima tawaran itu namun sebagai pendidik dia akhirnya nekad menyahut cabaran tersebut. Baktinya diperlukan di sekolah itu dan dia rasa bertanggungjawab melaksanakannya.

Cikgu Aisyah mencuba pelbagai cara untuk menarik perhatian anak-anak muridnya ke sekolah. Dia bersyukur kerana menerima bantuan bantuan daripada salah seorang guru sekolah sama iaitu Cikgu Nazim.

Sementara itu, salah seorang anak muridnya, Udin sudah lama tidak hadir ke sekolah. Menurut rakan-rakannya Udin tidak bersekolah kerana menjaga emaknya yang sakit meroyan.

Cikgu Aisyah cuba untuk memujuknya kembali bersekolah. Namun Udin berada dalam dilema. Sebagai anak dia bertanggungjawab mahu menjaga ibunya di rumah manakala sebagai seorang murid memerlukan dia hadir ke sekolah menuntut ilmu. Lalu berjayakah usaha Cikgu Aisyah membawa Udin kembali ke sekolah? Bagaimana pula mereka menyelesaikan masalah meroyan yang dihadapi ibu Udin?

Para Pelakon Yek Icin Mahak