eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Bukan Sekadar Lafaz Lakonan Alif Satar, Wanna Ali

 

Bukan Sekadar Lafaz drama yang diadaptasi dari novel 'Bukan Sekadar Lafaz' karya asal Sophilea bakal ditayangkan slot Akasia tv3 pada 17 oktober 2023 ini diarahkan oleh pengarah hebat Idora Abdul Rahman yang menampilkan para pelakon Alif satar serta Wanna Ali sebagai Pelakon utama 

Lakonan Alif Satar Wanna Ali

Tonton drama adaptasi dari novel 'Bukan Sekadar Lafaz' karya Sophilea akan datang di TV3. Drama ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan menampilkan Alif Satar dan Wanna Ali sebagai pelakon utama.

Judul : Bukan Sekadar Lafaz #bukansekadarlafaz
Tonton Full Episod: 1-20
Tarikh Tayangan:17 oktober 2023
Rangkaian:Slot Akasia Tv3 Jam 7 Malam
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Pencil Pictures & Records
Pelakon: Alif Satar, Wanna Ali, Malek Mccrone, Ahmad Idham, Kuza, Mia Nasir, Wanns Ahmad, Yuna Rahim, Yusra Akma, Razzuan Rosli

Watak Pelakon
Alif Satar sebagai Hudzaifah
Wanna Ali sebagai Asyikin Zaman
Malek Mccrone sebagai Firman
Ahmad Idham sebagai Tuan Zaman
Mia Nasir sebagai Lufya
Wanns Ahmad sebagai Khalid

Sinopsis Bukan Sekadar Lafaz
Siapa sangka mereka akan jatuh cinta? Betul lah cinta itu buta. Cinta itu tak pernah pandang siapa dia, apa atau kenapa.

Di jodohkan bersama Hud, sepupu yang kononnya mahu menutup aib keluarga dengan fitnah yang belum tentu benarnya. Asyikin dalam sedih dan duka menerima Hud yang bukan siapa-siapa sebagai suami. Hud hanyalah seorang lelaki biasa yang bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami Asyikin demi menutup aib keluarga.

Perkahwinan yang di atur keluarga buatkan Asyikin sedikit kekok. Berkahwin dengan sepupu sendiri buatkan lidahnya kadang-kadang kelu untuk bersuara. Seperti dalam perjanjian, sampai waktunya Hud harus melepaskan Asyikin. Hud akur dengan perjanjian namun sepanjang menjadi suami Asyikin dia tetap tunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Nafkah Asyikin tetap di hulurkan walaupun dia bukan lah orang berada.

Sedikitpun Asyikin tidak pernah di sentuh kerana dia tahu Asyikin bernikah dengannya kerana keluarga. Hidup berdua buatkan Asyikin mengagumi Hud. Berbulan bersama, fitnah yang di lempar semuanya dusta belaka. Si ayah mula menunjukkan kuasa. Hud harus lepaskan Asyikin.

Namun siapa sangka siapa menduga hati saling suka jiwa saling jatuh cinta cuma takut untuk berbicara. Asyikin buat satu pengakuan di dalam satu laman sosial tentang perasaanya pada Hud dan betapa dia tak mahu Hud lepaskan dia pergi.

‘Hud saya menyintai awak tapi saya tak mampu untuk luahkan. Tolong Hud jangan lepaskan saya pergi.’

Hud terbaca. Bibirnya mengukir senyuman. Berbulan serumah meski tidak sekatil tangannya tidak bertepuk sebelah.

‘Syikin awak tahu tak betapa seksanya menahan hati dan perasaan menolak hati saya yang menyintai awak?’

Saat tahu hati Asyikin juga ada padanya Hud hantarkan satu pesanan. Cuma dinding bilik yang jadi pemisah.

“Habis tu nak tukar nama apa kat whatsap ini? Kalau sayang, cepat datang bilik sebelah peluk saya.”
Asyikin gembira. Ya dia mahu hatinya dan hati Hud menjadi satu. Namun, mampukah mereka berhadapan dengan keluarga. Sedangkan perjanjiannya Hud harus melepaskan Asyikin.

“Syikin walau apapun Asyikin tetap isteri saya. Saya tak akan pernah lepaskan Asyikin pergi. Ini janji saya. Janji seorang zauj buat zaujahnya.”

Airmata Asyikin mengalir dalam cintanya buat Hud.

Cinta itu datang tanpa di pinta, hadir tanpa perlu di paksa.

Pelakon Drama Bukan Sekadar Lafaz


Episod Tarikh Tayangan
Episod 1 17 October 2023
Episod 2 18 October 2023
Episod 3 19 October 2023
Episod 4 20 October 2023
Episod 5 23 October 2023
Episod 6 24 October 2023
Episod 7 25 October 2023
Episod 8 26 October 2023
Episod 9 27 October 2023
Episod 10 30 October 2023
Episod 11 31 October 2023
Episod 12 1 November 2023
Episod 13 2 November 2023
Episod 14 3 November 2023
Episod 15 6 November 2023
Episod 16 7 November 2023
Episod 17 8 November 2023
Episod 18 9 November 2023
Episod 19 10 November 2023
Episod 20 13 November 2023
Episod 21 14 November 2023
Episod 22 15 November 2023