eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Telefilem Perempuan Tanpa Cinta Lakonan Erra Fazira, Syafiq Nazri

 


Tonton telefilem khas sempena Aidiladha bertajuk Perempuan Tanpa Cinta dilakonkan oleh Erra Fazira, Syafiq Nazri, Nur Risteena dan ramai lagi pada Khamis, 29 Jun 2023 pukul 9:00 malam di TV2.

Judul : Perempuan Tanpa Cinta #perempuantanpacinta
Waktu Siaran: Khamis, 29 Jun 2023, 9:30 malam 
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Lynnda Sharudin
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: Northern Lights Pictures
Pelakon: Erra Fazira, Syafiq Nazri, Nur Risteena, Hanna Qistinna, Azri Iskandar, Hazeeq Dean, Bea Rameshan, Jasper Supayah, Kamaliah Mat Dom, Chef Zam, Lana Nordin, Daniel Fong

Sinopsis Perempuan Tanpa Cinta
Kisah ketabahan seorang wanita yang mempertahankan cinta sucinya sehingga ke akhir hayatnya. Malah bertemu semula dalam keadaan si lelaki hanya diperlukan untuk melepaskan wanita itu buat selama-lamanya.

Perkahwinan Razif dan Zarah tanpa kehadiran cahaya mata membuatkan rumahtangga mereka bermasalah. Ini membuatkan Razif berkahwin lain dan selepas itu Zarah mengandung. Namun Zarah menjadi depresi kerana ibu bapanya meninggal dunia selepas dia melahirkan anaknya. Ini membuatkan Razif meninggalkan Zarah dan mendapatkan hak penjagaan anak tersebut dan Zarah tidak pernah bertemu dengan anaknya itu hinggalah anaknya dewasa.