eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Haloba Lakonan Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir

 

Tonton drama bersiri berjudul 'Haloba' terbitan Enuja Production diarahkan oleh Emi Suffian menampilkan lakonan Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim dan Shiqin Kamal akan mengisi slot Samarinda di  TV3. 

JUDUL : Haloba #haloba

Tonton Full Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Idea Asal: Kent Tan
Penulis Skrip: Kent Tan & Chooi Keen
Pengarah: Emi Suffian
Produksi: Enuja Production Sdn Bhd
Pelakon: Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim, Shiqin Kamal, Ieda Moin, Kazar Saisi, Zila Bakarin, Shah Iskandar, Izz Ilham, Syaffiq Sahli

Watak Pelakon

Aiman Hakim Ridza sebagai Raif
Sherry Ibrahim sebagai Aliya
Shiqin Kamal sebagai Misha
Ieda Moin sebagai Kak Zura
Shah Iskandar sebagai Taufik
Izz Ilham sebagai Adam

Sinopsis Haloba

Mengisahkan Erina yang pulang dari luar negara berusaha merampas kebahagian daripada rumahtangga Raif yang mempunyai dua orang isteri dan seorang anak tunggal. Mampukah dia menggantikan kedudukan dua orang isteri yang taat setia pada Raif? 

Pada hari pertama bekerja di syarikat Asia Dinamik, Rina telah menyinggung perasaan Alia dihadapan lembaga pengarah. Semenjak peristiwa itu dia dibuli dengan bebanan kerja dan dimalukan dengan gurauan melampau. Dengan bantuan Misha, Rina dipanggil semula bekerja dan Raif berpuas hati dengan kerja Rina. Hubungan Raif dan Rina juga semakin mesra. 

Hubungan mesra Raif dan Erina telah mendapat perhatian media, pihak media cuba mendapatkan kepastian daripada Alia dan Misha sama ada mereka setuju untuk menerima Rina sebagai isteri ketiga Raif. Atas keizinan Misha, Raif dibenarkan berkahwin dengan Rina tapi dalam masa yang sama Raif marah apabila mengetahui hubungan Alia dan Taufik. Namun Alia masih menyimpan dendam terhadap Misha dan menyusun strateginya.

Promo Drama Haloba