eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Keria Women Lakonan Rita Nadira,Sabrina Sharleen

 


Tonton drama bersiri Keria Women akan ditayangkan pada setiap hari Khamis hingga Sabtu bermula 8 Julai 2023, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3 serta turut boleh distrim menerusi tonton.com.my

Judul : Keria Women #keriawomen
Tonton Full Episod: 1-13
Tarikh Tayangan: 8 Julai 2023
Waktu Siaran: Khamis – Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Penulis Skrip: Intan Zarina M Yasin
Pengarah: Rusdi Ramli
Produksi: Anomali Media Production

Watak Pelakon

Rita Nadira sebagai Naura
Sabrina Sharleen sebagai Sally
Fify Azmi sebagai Icha
Raja Ema sebagai Cik Mah
Muazmeer Mohsin sebagai Ridzuan
Shy Rim sebagai Dato Rozai
Ezaidi Aziz
Marc Syahmie

Sinopsis Keria Women

Mengisahkan tentang Naura, seorang pengurus kewangan di sebuah syarikat terkemuka yang kecewa setelah menjadi mangsa diskriminasi dan gangguan seksual di tempat kerja. Oleh kerana layanan yang tidak adil diberikan oleh bossnya, Naura tidak teragak-agak untuk meletak jawatan walaupun sebelum ini selesa dengan pekerjaannya di situ. 

Sally, pembantu peribadi Naura telah mengajak Naura untuk pulang ke kampung halamannya di Melaka agar Naura dapat menenangkan diri daripada peristiwa tersebut. Pada awalnya, Naura berasa janggal dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana di kampung kerana dia telah dibesarkan di bandar sejak umurnya masih kecil.

Cik Mah, ibu kepada Sally merupakan seorang peniaga kuih keria warisan yang cukup terkenal di kampung itu. Naura dapat melihat kuih keria Cik Mah itu berpotensi untuk tembus ke pasaran luar lantaran keistimewaan dan sambutan yang luar biasa. Berbekalkan pengetahuan dan pengalamannya sebagai pengurus kewangan, Naura mula membuat pelan bisnes untuk mengkomersialkan kuih keria itu walaupun masih janggal dengan peralihan kariernya. Berhasilkah percaturan Naura untuk mengkomersialkan kuih keria Cik Mah?

Para Pelakon Keria Women

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40