eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

34 Tahun Kahwin, ND Lala Akhirnya Ceraikan Isteri Melalui WhatsApp

 


Penyanyi dan juga bapa kepada Shila Amzah, ND Lala akhirnya telah melafazkan cerai kepada isterinya, Datin Fauziah Sarman menerusi aplikasi WhatsApp.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Fauziah menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Fauziah, ND Lala telah melafazkan cerai kali pertama pada 2 Ogos lalu manakala untuk kali kedua pula adalah semalam (Selasa).

“Assalammualaikum semua.. Alhamdulillah dengan izin-Nya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya, saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.

“Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 0gos 2023) melalui WhatsApp.

“Alhamdullilah, Allah telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini,” jelasnya.

Dalam hantaran yang sama, Fauziah memaklumkan dia menerima ketentuan takdir itu dengan berlapang dada dan mengambil keputusan untuk memberitahu kepada umum supaya tidak timbul fitnah di kemudian hari.

“Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya dan insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, Insya-Allah.

“Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini.

“Apa yang telah saya lalui telah saya redhakan dan In shaa Allah saya yakin aturan Allah SWT ini adalah yang terbaik buat saya.

“Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.

“Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan saya dalam membina hidup yang lebih diredhai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.

“Terima kasih untuk doa semua dan but mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata - hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua,” tulisnya.

sumber: